Jawatankuasa Penerangan bergerak lebih agresif

February 4, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Subang, Hebahan

Ketua Penerangan, Dato' Hj. Zein Isma

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Hj. Zein Isma Bin Hj. Ismail diatas perlantikannya sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Subang yang baru, menggantikan En. Abu Zaren Bin Musim.

Pengumuman perlantikan Dato’ Hj. Zein Isma telah dibuat semasa mesyuarat bulanan UMNO Bahagian Subang pada 25 Januari yang lalu. Seterusnya…

Pemuda bersedia ke ILMU, Janda Baik

January 22, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Subang, Hebahan

fpilmu

Kini tiba giliran UMNO Bahagian Subang untuk mengikuti Kursus Bela Nusa yang dianjurkan oleh Biro Penerangan UMNO Malaysia.

Ahli-ahli Jawatankuasa empat peringkat (Bahagian, Wanita, Pemuda & Puteri) dijadualkan akan mengikuti kursus ini bermula pagi hari Jumaat, 29 Januari 2010 sehingga petang hari Ahad, 31 Januari 2010 di Institut Latihan Memperkasa UMNO, Janda Baik, Pahang. Seterusnya…

Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Subang bersama anjurkan program

August 27, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Hebahan

Mesyuarat Penyelarasan Program "Jom Masak Lemang"

KOTA DAMANSARA, 26 Ogos – Pemuda UMNO Bahagian Subang bersama sayap Puteri dan Wanita UMNO Bahagian Subang hari ini menjalankan mesyuarat bagi membincangkan persiapan program “Jom Masak Lemang” yang akan dianjurkan secara bersama oleh ketiga-tiga sayap berkenaan. Seterusnya…

Konsep Negeri Berkebajikan PR – GAGAL!

August 3, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Subang, Hebahan

KOTA DAMANSARA – Kerajaan Pakatan Pembangkang Negeri Selangor dilihat masih gagal membuktikan negeri berkebajikan yang dilaungkan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Subang, Harrison Hassan berkata, kadar sewa bulanan yang dikenakan selama ini oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebanyak RM250 perlu diberi perhatian dengan sewajarnya.

“Jangan salahkan Kerajaan Negeri terdahulu sebab sewa PPR jadi mahal sebaliknya kerajaan Selangor yang dipilih rakyat kini sepatutnya boleh berfungsi lebih baik dari sebelumnya,” katanya.

Menurutnya, kadar sewa bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) negeri Selangor telah dinaikkan dari RM124 sebulan kepada RM250 sebulan, berbanding semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai masalah yang dihadapi penduduk khususnya ibu tunggal di situ. (Baca di sini)

Harrison berkata, Pemuda UMNO Subang melihat kadar kenaikan sewa lebih 100 peratus ini, satu bentuk penganiyaan dan penindasan kepada golongan berpendapatan rendah khususnya kepada mereka yang terangkum di dalam kategori kemiskinan bandar.

“Kenaikan kadar sewa ini amatlah tidak wajar dalam situasi sekarang memandangkan kos sara hidup yang tinggi, terutamanya kenaikan mendadak harga barang-barang harian.

Menurut beliau, kenaikan ini secara terang-terangan tidak seiring dengan usaha kerajaan persekutuan yang mengambil langkah proaktif dengan menurunkan harga minyak, kadar tol dan kempen penurunan harga barangan harian bagi meringankan bebanan rakyat.

“Pemuda UMNO Subang membidas dengan sekerasnya polisi serta tindakan kerajaan negeri Selangor yang sememangnya mengambil untung semata-mata.

“Kami mahu mengingatkan Menteri Besar serta seluruh Exco Kerajaan Negeri agar lebih prihatin dengan kebajikan rakyat. Rakyat mula melihat belang sebenar kerajaan PR yang hanyapandai beretorik dan omongan kosong,” katanya. – SINAR HARIAN

Rumah Wan Mohd Hamizul terbakar

July 7, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Subang, Hebahan, Prihatin

Pagi Sabtu tanggal 27 Jun 2009 pastinya detik yang tidak akan dilupakan oleh Sdra. Wan Mohd Hamizul Amir sekeluarga yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah yang mereka diami di dalam kawasan Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Sg. Buloh; terbakar hangus pada pagi tersebut. Seterusnya…

Cadangan Konsep Pemilihan Dan Pindaan Perlembagaan UMNO

June 26, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Subang, Hebahan

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan UMNO telah bersetuju dengan beberapa cadangan yang akan diperhalusi bagi memenuhi citarasa ahli-ahli UMNO khususnya generasi muda, untuk memberi peluang kepada semua ahlinya turut serta menyuarakan pandangan dan pendapat. Seterusnya…

Cabaran badminton bermula (20 – 26 April 2009)

April 22, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Hebahan

KOTA DAMANSARA, 22 April – Bertempat di Dewan Serbaguna Seksyen 4, Kota Damansara, sedang berlangsung Kejohanan Badminton Tertutup anjuran UMNO Cawangan Kota Idaman bersama tiga lagi cawangan UMNO berhampiran iaitu UMNO Cawangan Gugusan Matahari, UMNO Cawangan Melati dan UMNO Cawangan Semarak D’Kota. Seterusnya…

Persidangan Tahunan Cawangan Dan Bahagian 2009

April 15, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Subang, Hebahan

KUALA LUMPUR, 15 April – Ibu Pejabat UMNO mengeluarkan pekeliling memaklumkan bahawa tarikh-tarikh Persidangan Tahunan Cawangan dan Perwakilan Bahagian termasuk Pergerakan Sayap-sayap bagi tahun 2009.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Persidangan Tahunan bagi tahun 2009 adalah seperti berikut: Seterusnya…

Megat Firdouz dilantik PSU Pemuda UMNO Malaysia

April 14, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Subang, Hebahan

KUALA LUMPUR 13 April – Empat muka baru termasuk anak sulung bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob diumumkan memegang beberapa jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Seterusnya…

Pemuda UMNO Subang BERSEDIA!!!

February 17, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Subang, Hebahan

.

Elizabeth Wong tawar diri letak jawatan Exco, Adun

KUALA LUMPUR: Elizabeth Wong Keat Ping yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogelnya di internet, menawarkan diri meletakkan jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar pagi ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini.

.
.

.
.
Rakan-rakan pejuang Pemuda UMNO Subang,

Setelah dua kali mengikuti Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, kini tibalah masanya untuk kita berjuang lagi, cuma kali ini mungkin di tempat kita sendiri di Parlimen Subang ini iaitu di DUN N37 Bukit Lanjan.

Berbekalkan pengalaman yang diperolehi dari kedua-dua PRK tersebut, InsyaAllah, jentera Pemuda UMNO Subang akan lebih mantap dan tersusun bagi menghadapi PRK DUN N37 Bukit Lanjan ini nanti.

Oleh itu, rakan-rakan pejuang Pemuda UMNO Subang di setiap peringkat mestilah bersedia untuk digerakkan bagi menghadapi Pilihanraya Kecil DUN N37 Bukit Lanjan yang mungkin akan berlaku.

Pemuda UMNO Subang juga akan berbincang dan berkerjasama dengan Pemuda dari parti-parti komponen Barisan Nasional bagi mengatur strategi dan langkah yang membolehkan kemenangan Barisan Nasional direalisasikan di DUN Bukit Lanjan jika pilihan raya kecil tersebut diadakan.

Walau apapun keputusannya kelak, kita tetap akan menjalankan tugas untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Subang khasnya, dan negeri Selangor amnya.

HIDUP BARISAN NASIONAL!!!

Halaman Seterusnya »