Pemuda dan Wanita UMNO Subang prihatin nasib rakyat
April 8, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Prihatin

20 Mac 2010 – Menzahirkan matlamat menjuarai rakyat, Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Subang berjalan kaki meredah panas terik matahari dari rumah ke rumah di kawasan Kg. Sg. Kayu Ara, DUN Bukit Lanjan untuk menziarahi beberapa buah keluarga yang dilaporkan amat memerlukan bantuan bagi menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi. Seterusnya…
PDM Taman Subang Baru bersihkan surau
April 8, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

20 Mac 2010 – Pusat Daerah Mengundi Taman Subang Baru mengadakan program gotong royong bagi mencantikkan kawasan Surau Nurul Hidayah di Taman Subang Baru.
Selain warga penduduk taman yang turun beramai-ramai menyertai program ini, rakan-rakan Pemuda UMNO Subang turut hadir menyumbangkan tenaga membantu kerja-kerja seperti mengecat dan menyapu sampah. Seterusnya…
Program JOM CARI KERJA contoh terbaik
March 17, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang
Mendahulukan kebajikan rakyat yang memerlukan sokongan untuk menaiktaraf kehidupan mereka melalui kerjaya yang lebih menjamin masa depan, Pemuda UMNO Bahagian Subang dan Puteri UMNO Bahagian Subang melangkah seiringan dengan Kelab Belia 1Malaysia Kota Damansara untuk menyediakan peluang bagi kelompok rakyat ini melalui pameran kerjaya ‘JOM CARI KERJA’ yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Y.B. Senator Dato’ Maznah Mazlan pada 14 Mac 2010 di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Subang. Seterusnya…
Tingkat kualiti tenaga mahir
March 15, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KOTA DAMANSARA, 14 Mac – Kementerian Sumber Manusia akan mengkaji semula Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan untuk mengadakan kursus latihan kemahiran hingga ke peringkat tertinggi bagi meningkatkan kualiti tenaga mahir tempatan. Seterusnya…
Pemuda masuk gelanggang di Kg. Melayu Subang
February 24, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KG. MELAYU SUBANG, 21 Februari – Sebaik selesai program Perhimpunan Warga Penerangan UMNO Bahagian Subang di Dewan Sekolah Kebangsaan Subang Perdana U3, rombongan Pemuda UMNO Subang berkesempatan melawat gelanggang yang terletak berhampiran dari tempat program diadakan. Seterusnya…
Bloggers Bukan Goblok – Ahmad Maslan
February 24, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

“Secara seloroh saya kata maksudnya jika terlalu banyak baca blog (tak buat kerja lain) khuatir akan jadi ‘Goblok’.. Oleh itu, saya kata baca blog terpilih seperti blog PM atau blog Tun M.. itu saja.. seloroh.. tak kan tak boleh nak gurau kot..” demikian kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Y.B. Datuk Hj. Ahmad Bin Maslan di dalam blognya http://ahmadmaslan.blogspot.com bagi menjawab isu rasa tidak puas hati beberapa orang blogger terhadap ucapannya yang dikatakan menghina blogger dengan panggilan ‘goblok’ semasa Program Perhimpunan Warga Penerangan UMNO Bahagian Subang di Sekolah Kebangsaan Subang Perdana U3, hari Ahad lepas.
Wanita dan Pemuda UMNO Subang ambil berat kebajikan rakyat
February 11, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Prihatin
SUBANG PERDANA, 09 Feb – Biro Kebajikan dan Sosial UMNO Bahagian Subang yang dipengerusikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian, Pn. Halimaton Saadiah bersama dengan Pemuda UMNO Bahagian Subang berkunjung ke Taman Subang Perdana untuk membuat lawatan kebajikan di dua buah rumah di kawasan Rumah Pangsa Taman Subang Perdana. Seterusnya…
BN DUN Bukit Lanjan rai warga emas
February 10, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

DESA JAYA, 07 Feb – Hampir seratus warga emas diraikan di dalam majlis makan malam sempena kedatangan Tahun Baru Cina 2010 yang diadakan di tempat letak kereta berhadapan Balai Raya Desa Jaya, Kepong.
Majlis yang dianjurkan oleh Barisan Nasional DUN Bukit Lanjan yang diterajui oleh Penyelaras Barisan Nasional DUN Bukit Lanjan merangkap Ketua Parti Gerakan Bahagian Subang, En. Francis Chong itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Y.B. Senator A. Kohilan Pillay ; Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Subang, En. S. Murugesan dan Penyelaras UMNO DUN Bukit Lanjan, En. Abdul Raof Bin Dato’ Abdullah. Seterusnya…
Sentiasa dekati rakyat secara peribadi – Dato’ Mokhtar
February 9, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

HULU YAM, 07 Feb – UMNO tidak boleh lagi mengharapkan pemberian peruntukan dan projek untuk memikat hati rakyat terutamanya pengundi di Parlimen Subang apatah lagi UMNO sebagai parti pembangkang di Selangor kurang mendapat peruntukan dan sukar menggunakan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang dikuasai oleh kerajaan parti campuran DAP, PKR dan PAS. Seterusnya…
Pemuda bergotong royong bersihkan padang
February 9, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KG SG KAYU ARA, 07 Feb – Pemuda Zon Kayu Ara bersama-sama Pemuda UMNO Bahagian Subang menjalankan aktiviti gotong royong bagi membersihkan padang di Kg. Sg. Kayu Ara.
Aktiviti ini dijalankan sebagai tanda keprihatinan Pemuda UMNO Zon Kayu Ara khususnya terhadap keluhan golongan muda yang menggunakan padang tersebut untuk pelbagai aktiviti sukan dan riadhah. Seterusnya…



