Isu Minyak: Anwar kantoikan PAS Kelantan

December 21, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Kelantan

Anwar akui Kelantan tidak layak terima royalti – Mustapa

KOTA BHARU 20 Dis. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak langsung mengakui Kelantan memang tidak berhak menerima royalti minyak apabila beliau membawa usul meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 di Dewan Rakyat baru-baru ini. Seterusnya…

Nik Aziz… Letaklah Jawatan

November 26, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Kelantan

Father & Son‘Jangan larang Nik Aziz letak jawatan’

Anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tiada pihak yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian “kerana ayahanda telah tua dan keletihan”. Seterusnya…

Edisi Fatwa Sengal : DAP diharuskan hina Islam

August 13, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Kelantan

Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam

KOTA BHARU 12 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam. Seterusnya…

Fatwa Mee Segera : Khutbah politik diharuskan – Nik Aziz

June 4, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Kelantan

Jika pemimpin UMNO/BN seringkali dikatakan menggunakan projek ‘mee segera’ seperti baikpulih bangunan atau naik taraf jalanraya bagi menarik para pengundi ketika kempen pilihanraya, pemimpin Pakatan juga tidak ketinggalan apabila pemimpin parti PAS terutamanya sering mengeluarkan fatwa-fatwa ‘mee segera’ seperti menghalalkan caci maki dan membuka keaiban orang islam serta mengharamkan masuk syurga kepada pengundi UMNO/BN. Fatwa-fatwa tersebut dikeluarkan semata-mata untuk menghalalkan cara kempen mereka yang berbaur fitnah, menjatuhkan maruah dan mengelirukan pengundi. Seterusnya…

Yang muda mencerca, yang tua menghina

March 28, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Kelantan

Perokok lebih hina daripada lembu – Nik Aziz

KOTA BHARU 27 Mac – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. Seterusnya…

Buruknya akhlak Pemuda Islam PAS

March 28, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Kelantan

Terima kasih cerca saya – Ibrahim Ali

PASIR MAS 27 Mac – ”Saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Pas Kelantan dan Pasir Mas kerana berceramah untuk mencerca saya.”

Itu reaksi sinis Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berhubung cercaan dan dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin Pemuda parti tersebut terhadapnya dalam satu ceramah perdana di Stadium Mini Pasir Mas di sini baru-baru ini. Seterusnya…

Nik Aziz : Keliru dan Mengelirukan

March 4, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Kelantan

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak mahu memanjangkan isu penggunaan perkataan Allah bagi agama lain kerana khuatir ia boleh mengelirukan rakyat dan umat Islam.

Mursyidul Am Pas itu, berkata ini kerana beliau mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan dari sudut lain. Seterusnya…

Pas politikkan hukum hudud

December 24, 2008 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Kelantan

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Pas dicabar supaya membentangkan rang undang-undang hudud di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang sekiranya benar parti itu komited dalam melaksanakan hukum tersebut.

Beberapa pemimpin UMNO ketika memberikan pendapat mereka berkata, jika Pas gagal membentangkannya khususnya di negeri Perak yang wakil parti itu menjadi Menteri Besar, ia membuktikan parti berkenaan hanya menggunakan isu agama untuk tujuan politik. Seterusnya…