2 pemimpin PKR ingkar larangan, Menteri Besar Perak terkilan

December 30, 2008 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Perak

Nizar persoal kewajaran Chan, Dr. Lee langgar arahan

(DARI kiri)… Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Simpang Pulai Chan Ming Kai.

IPOH 29 Dis: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terkilan dengan tindakan dua wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mereka enggan mematuhi larangan kerajaan negeri tidak membenarkan proses penamaan calon bagi pemilihan ketua Kampung Baru. Seterusnya…

Dua wakil rakyat DAP bertelagah sesama sendiri

December 28, 2008 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Selangor

SHAH ALAM 26 Dis. – Dua wakil rakyat DAP di negeri ini bertelagah sesama sendiri berhubung projek Terminal Klang Sentral.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Teng Chang Khim yang menuduhnya ‘dibeli oleh Barisan Nasional (BN)’ seperti disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina semalam. Seterusnya…

Pas politikkan hukum hudud

December 24, 2008 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Kelantan

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Pas dicabar supaya membentangkan rang undang-undang hudud di negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang sekiranya benar parti itu komited dalam melaksanakan hukum tersebut.

Beberapa pemimpin UMNO ketika memberikan pendapat mereka berkata, jika Pas gagal membentangkannya khususnya di negeri Perak yang wakil parti itu menjadi Menteri Besar, ia membuktikan parti berkenaan hanya menggunakan isu agama untuk tujuan politik. Seterusnya…

Program Titian Kasih raikan pelajar susah

December 22, 2008 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KOTA DAMANSARA 21 Dis. – Seramai 135 orang pelajar dari segenap pelosok Parlimen Subang telah diraikan di dalam Program Titian Kasih anjuran Biro Pendidikan dan Modal Insan, Pemuda UMNO Bahagian Subang yang dipengerusikan oleh Sdra. Fakhrul Azmi dan timbalannya, Sdra. Ahmad Nizam.

Pelajar-pelajar yang terpilih untuk menerima sumbangan berupa beg sekolah, alatulis dan wang tunai itu adalah dari kalangan keluarga yang susah atau kurang bernasib baik. Seterusnya…

Pemuda UMNO Caw. Desa Satu Ditubuhkan

December 22, 2008 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

AMAN PURI 21 Dis. – Alhamdullilah pada Ahad minggu lepas telah tertubuhnya satu lagi cawangan UMNO iaitu UMNO cawangan Desa Satu yang berada di kawasan naungan UMNO Bahagian Subang yang diterajui oleh Yang Berhormat Dato’ IR Muhammad Bushro Bin Mat Johor.

Beliau dengan relahati dan sukacitanya turun ke majlis perasmian tersebut ditemani oleh semua orang-orang kanan beliau iaitu Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Subang iaitu Yang Berbahagia Saudara Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid, Naib Ketua Bahagian UMNO Bahagian Subang iaitu Yang Berbahagia Saudara Rauf Dato’ Abdullah dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang iaitu Yang Berbahagia Saudara Harrison Hassan serta ramai lagi AJK dan ahli-ahli UMNO bahagian Subang yang setia di belakang pucuk pimpinan UMNO. Seterusnya…

Maaf, Blog UMNO Tak Ada UMMPH!

December 19, 2008 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Pilihan

Petang ini saya menghabiskan banyak masa melayari beberapa “blog UMNO”.

Macam mana nak definisikan blog UMNO ya?

Begini. Ia mempunyai salah satu atau lebih ciri-ciri berikut: (1) Ada logo UMNO. (2) Tulisan mengenai isu-isu dalam parti UMNO. (3) Sekiranya berhujah mengenai pembangkang; nampak kecenderungan kepada UMNO. (4) Dimiliki oleh pemimpin UMNO.

Itu definisi saya mengenai “blog UMNO”. Tak setuju? Tak mengapalah, anda buat definisi sendiri.

Saya melayari banyak blog yang memenuhi definisi tersebut. Setelah puas bersengkang mata di depan komputer, saya berani mengatakan “blog UMNO tak ada ummph!” dan membuat rumusan berikut:

(1). Blog UMNO tak banyak. Blog pro-UMNO pun tak banyak. Seorang pensyarah media massa di sebuah universiti memberitahu, untuk setiap satu blog pro-kerajaan, ada tiga blog anti-kerajaan. Entahlah, saya rasa rationya 1:10!

(2) Blog pemimpin UMNO tak nampak hebat. Nampak seperti ditulis oleh “fresh graduate” yang jadi Pegawai Khas. Mengapa saya kata begitu? Banyak tulisan dalam blog Menteri dan Timbalan Menteri yang “cut and paste” berita dari Utusan Malaysia, Bernama dan Berita Harian. Agaknya, Menteri dan Timbalan Menteri pun tak tahu yang Pegawai Khas buat blog tu.

(3) Blog UMNO jarang dikemaskinikan. Ada sesetengah tu dah dua atau tiga bulan tak dikemaskini. Agaknya itu blog hangat-hangat tahi ayam. Saya percaya blog itu dibuat selepas PRU12 dulu apabila ramai orang berkata blog mempengaruhi kecenderungan pengundi. Maka, mereka pun buatlah blog tanpa memahami bagaimanakah “social network” seperti blog mencorakkan pemikiran rakyat.

(4) Blog UMNO hentam sesama sendiri. Sepatutnya, blog UMNO menembak pembangkang. Sebaliknya, atas nama “Setiakawan”, bloggers UMNO menembak calon yang bertanding dalam parti. Cut and paste artikel dari blog pembangkang, gunakan untuk hentam lawan. Biar kawan jatuh, biar parti musnah, asalkan kuda tunggangan menang.

(5) Blog UMNO tak ada originality. Kalau dah cut and paste dan tidak ada idea baru, bagaimanakah saya nak kata blog UMNO ada originality? Orang membaca blog kerana nak tahu pandangan blogger tersebut. Kalau nak baca Utusan Malaysia, mereka pergi sini. Kalau nak baca Berita Harian, mereka akan ke sini.

(6) Blog UMNO guna ghost writer. Saya tahu blog mana yang gunakan ghost writer. Tak perlu sebutkan. Bila baca, kita tahu. Kalau nak gunakan ghost writer, usah buat blog. Sebaliknya buat website. Ada beza antara website dan blog!

Mungkin ada orang yang akan marah dengan tulisan saya ni. Ah, nak marah pun marahlah. Saya pernah dijemput oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk memberikan pandangan dan saya dah berikan pandangan. Nampaknya pandangan itu masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Selepas hadir perjumpaan itu beberapa bulan lalu, saya berani merumuskan bahawa masih ramai pemimpin UMNO yang tak faham mengenai blog dan impak “social network”. Yang saya nampak ialah beberapa orang konsultan yang terkial-kial mencari projek membuat blog.

Seorang konsultan berkata dengan penuh kenyakinan, “Kita boleh buat blog untuk YB dan dapatkan 100,000 pembaca setiap hari!”

Lalu, saya mencabar beliau dalam mesyuarat tersebut, “Boleh saudara sebutkan blog siapakah yang mendapat 100,000 pembaca setiap hari? Blog saudara sekarang dapat 100,000 pembaca setiap hari?”

Dia terkial-kial dan berkata, “Kita boleh cuba … Tak salah mencuba kan?”

Blog seperti Che Det memang hebat. Sekarang sudah hampir mencecah 11 juta page hits. Selain dari itu, saya tidak nampak ada bloggers yang setaraf dengannya. Sekiranya bloggers seperti kita boleh dapat 1,000 hingga 3,000 page hits sehari, itu sudah cukup hebat.

Blog bukanlah news portal. Blog ialah “social network”. Jaringan bloggers itulah yang memberikan impak.

Susah nak faham?

Mungkin selepas PRU13 nanti, baru mereka betul-betul faham!

Sumber : http://www.nobisha.com

Dalam perjuangan tidak boleh mengalah – Y.B Dato’

December 18, 2008 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

PETALING JAYA 17 Dis. – Ketua UMNO Bahagian Subang, Y.B Dato’ Ir Muhammad Bushro menyeru ahli-ahli UMNO terutamanya pimpinan jawatankuasa UMNO Bahagian dan sayap-sayap pergerakan untuk terus berjuang tanpa mengenal erti kalah untuk mengembalikan semula pentadbiran negeri Selangor kepada parti UMNO/BN. Seterusnya…

Surau Al-Razi Korbankan Lembu

December 17, 2008 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

PINGGIRAN SUBANG 11 Dis. – Surau Al-Razi telah mengadakan majlis korban dengan menumbangkan seekor lembu sumbangan Ketua UMNO Bahagian Subang, Y.B Dato’ Ir Muhammad Bushro Bin Mat Johor.

Jemaah surau turut mengadakan majlis bacaan Yaasin dan tahlil selepas Solat Zuhur.

Rombongan Pemuda yang tiba dari Gugusan Siantan menghadiri majlis meraikan kanak-kanak berkhatan di sana, sempat merasai hidangan sup tulang lembu sambil beramah mesra dengan para jemaah surau.

Kanak-kanak berkhatan diraikan

December 17, 2008 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

GUGUSAN SIANTAN 11 Dis – Seramai tujuh orang kanak-kanak yang akan dikhatankan telah diraikan oleh para penduduk Gugusan Siantan.

Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama UMNO Cawangan Gugusan Siantan, Persatuan Penduduk dan Badan Kebajikan Gugusan Siantan serta Surau Ar-Rayyan itu telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang, Sdra. Megat Firdouz Bin Tan Sri Megat Junid.

Ketibaan Sdra. Megat Firdouz disambut dengan paluan kompang dari Kumpulan Kompang Sinar 12 dan persembahan silat dari Silat Gayung Fatani Malaysia Cawangan Gugusan Siantan.

Kanak-kanak yang diraikan telah diarak mengelilingi padang sebelum dipersembahkan dengan pertunjukan silat serta upacara menepung tawar oleh tetamu-tetamu jemputan.

Kanak-kanak tersebut akan dikhatankan keesokan harinya disebuah klinik di Pelangi Damansara.

‘Moh… Kacau Dodol’ Dapat Sambutan Luar Jangkaan

December 12, 2008 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KAYU ARA 7 Dis – Program ‘Moh… Kacau Dodol’ yang pertama kali seumpamanya dianjurkan oleh Pemuda UMNO Cawangan Rumah Kayu Ara mendapat sambutan luar jangkaan apabila dihadiri oleh bukan sahaja penduduk di perumahan terbabit, malah dari kawasan-kawasan perumahan berhampiran dari pelbagai peringkat umur.

dodol014.jpg
Sdra. Harrison turut serta menyahut seruan kacau dodol.
 

Reaksi yang diberikan oleh penduduk setempat amat positif sekali, malah ada yang turut mencadangkan program seperti ini dijadikan acara tahunan dan pembakaran lemang turut disertakan sekali di dalam program tersebut.

Dodol yang telah masak dimasukkan ke dalam bekas plastik khas yang mempunyai pelekat ‘Ikhlas Subang’ berlogokan UMNO.

Pengagihan dodol hanya dilakukan pada hari berikutnya, iaitu pada hari raya korban. Pemuda UMNO Cawangan telah turut sama membantu pihak Surau Darul Ikhlas menjayakan program korban mereka dengan tugasan yang telah diamanahkan kepada Pemuda iaitu menumbangkan lembu, melapah serta mencuci perut. Sebanyak 11 ekor lembu telah dikorbankan di surau berkenaan.

Selanjutnya, Pemuda UMNO Cawangan telah mengagihkan dodol berserta daging korban dari Surau Darul Ikhlas kepada 170 buah rumah penduduk Islam yang terdapat di Rumah Murah Kayu Ara.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Cawangan Rumah Murah Kayu Ara, Sdra. Md Jaafar Bahaman, beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang diterima semasa hari program dan matlamat program tersebut yang diadakan untuk menyumbang kepada masyarakat setempat juga telah tercapai.

Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pihak-pihak yang banyak membantu dari segi sumbangan dan tajaan bagi menjayakan program tersebut antaranya pimpinan UMNO Bahagian dan Pemuda UMNO Bahagian, Restoran As-Safa, Restoran Idaman Corner dan beberapa individu yang tidak mahu disebut namanya.

Program ‘Moh…. Kacau Dodol’ ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Sdra. Harrison Hassan.

Halaman Seterusnya »