Pemuda Subang @ PRK P036 Kuala Terengganu (2009)

January 27, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu pada 17 Januari yang lalu menyaksikan calon Barisan Nasional tewas kepada calon PAS dengan majoriti sebanyak 2,631 undi.

Bagi Pemuda UMNO Subang yang ditugaskan di daerah mengundi Gong Kapas, segala usaha telah dilakukan bagi membantu kemenangan calon Barisan Nasional. Akhirnya, keputusan terletak ditangan pemilih. Seterusnya…

Pemuda UMNO Subang taja 14 anak yatim

January 14, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Prihatin

Sebelum penggal persekolahan baru bagi tahun 2009 bermula, banyak pihak yang telah mengadakan program di sana sini untuk memberikan sumbangan sama ada berbentuk wang ataupun keperluan sekolah seperti uniform dan alatulis kepada para pelajar di peringkat rendah mahupun menengah yang terdiri dari keluarga yang miskin dan kurang berkemampuan termasuklah anak-anak yatim dan piatu. Seterusnya…

Kerajaan Penindas Rakyat, penjaja hilang mata pencarian

January 12, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Subang, Prihatin

Penderitaan yang dialami oleh penduduk Gaza di Palestin disebabkan oleh tindakan zalim tentera-tentera Yahudi mendapat perhatian dan reaksi dari seluruh penduduk dunia. Tanpa mengira warna kulit dan fahaman, rakyat di beberapa buah negara mengadakan demonstrasi mengutuk serangan Israel dan mewujudkan tabung bagi membantu penduduk Palestin, termasuklah di Malaysia. Seterusnya…

Kubu Gajah Luar sambut tahun baru

January 11, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Bertempat di kediaman Ketua UMNO Cawangan Kampong Kubu Gajah Luar, En. Adenan Isa Bin hashim, telah diadakan majlis sambutan tahun baru dan ramah mesra anjuran Pemuda UMNO Cawangan terbabit pada hari pertama tahun baru 2009.

Majlis seumpama itu diadakan antara lainnya bertujuan untuk bersuai kenal dan merapatkan silaturrahim antara Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian dengan Pemuda-pemuda UMNO Cawangan. Seterusnya…

Camry lebih utama dari bantuan anak-anak Selangor?

January 8, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Selangor

Prasekolah: Selangor tidak akan beri bantuan RM50

SHAH ALAM 7 Jan. – Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan tidak akan memberi bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid yang mengikuti pendidikan prasekolah seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka semasa pilihan raya umum, Mac tahun lepas. Seterusnya…

Kejohanan Sukan 2 Penjuru antara Dedap & TSW

January 8, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KOTA DAMANSARA : Di hari pertama dalam tahun baru 2009, Pemuda UMNO Cawangan Gugusan Dedap bersama Jawatankuasa Penduduk Gugusan Dedap dan Taman Setia Warisan telah mengadakan Karnival Sukan 2 Penjuru di padang Gugusan Dedap. Acara sukan yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut ialah bola jaring, bola tampar, futsal dan tarik tali. Seterusnya…

PRK P036 – Kuala Terengganu (2009)

January 6, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

HARI PENAMAAN CALON, 06 Januari 2009

Keadaan dilaporkan agak tenang, berbeza dengan suasana hari penamaan calon di PRK Permatang Pauh. Bilangan penyokong Barisan Nasional kelihatan ramai manakala gerombolan penganut PAS dan sekutunya tidak dapat dipastikan kerana kedudukan mereka yang jauh.

Gambar kiriman Ketua Penerangan (Pemuda), Sdra. Wan Sobri :

Pertembungan perarakan BN dan PAS.

.

Rombongan Pemuda UMNO Subang menyertai perarakan.

.

Pemandangan perarakan mengiringi calon Barisan Nasional.

Pertandingan tiga penjuru di K. Terengganu
06/01/2009 11:43am

KUALA TERENGGANU 6 Jan. – Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Bebas.

BN yang diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.13 pagi.

Calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut pula menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.18 pagi.

Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.58 pagi.

Pengumuman pengesahan pertandingan tiga penjuru itu diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya, Datuk Mat Razali Kassim pada pukul 11.28 pagi. – Utusan

Penggunaan Bahasa Malaysia dan Kalimah Allah Di Buletin Kristian : Anwar dan Dewan Ulama Pas Sudah Beri ” Lampu Hijau “!

January 5, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Pilihan

Menghairankan mengapa puak Kristian mahu gunakan kalimah ALLAH dan Bahasa Malaysia didalam penerbitan majalah mereka selepas lebih 50 tahun merdeka. Adakah ini peluang terbaik bagi mereka apabila melihat orang Melayu yang beragama Islam sesama sendiri berbalah. Adakah disebabkan sokongan ( lampu hijau )yang diberikan oleh Khalid Samad,Anwar dan Dewan Ulama Pas untuk menggunakan nama Allah membuatkan mereka semakin besar kepala. Seterusnya…

Pemuda Subang nyatakan sokongan

January 5, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KUALA LUMPUR, 02 Jan – Pemuda UMNO Subang telah menyertai perhimpunan secara aman yang bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Zionis serta menyuarakan bantahan terhadap tindakan yang tidak berperikemanusiaan oleh rejim Yahudi tersebut. Seterusnya…

Sukaneka Pemuda bersama penduduk RPF 2 meriah

January 2, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

OLEH : MOHD SHAMIL MOHD NOOR

BDR. BARU SG. BULOH 27 Dis. – Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa Fasa 2 (RPF 2), Bandar Baru Sungai Buloh bersama Jawatankuasa Penduduk Blok A, B, C dan D, RPF 2 telah menganjurkan Program Sukaneka dan Riadhah Berkelompok bertempat di Padang Bolasepak Bandar Baru Sungai Buloh (bersebelahan Dewan Meranti) pada hari Sabtu minggu lalu dengan jayanya. Program yang bermula pada jam 7.30 pagi itu berakhir pada jam 12.30 tengahari. Seterusnya…