PR : Penjenayah dibela, Peniaga diusir

February 24, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Pulau Pinang

.

Kerajaan P. Pinang usir 80 peniaga

SALAH satu daripada premis perniagaan yang bakal dirobohkan di Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

PULAU PINANG 23 Feb. – Kira-kira 500 pekerja industri pelancongan di Batu Ferringhi di sini akan kehilangan mata pencarian berikutan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan arahan meroboh premis perniagaan milik 80 pengusaha yang telah dimajukan sejak 30 tahun lalu.

Notis mengosongkan premis yang beroperasi sepanjang pesisir pantai sejauh lima kilometer dari kawasan Hotel Rasa Sayang hingga ke Hotel Bayview Beach Resort itu dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut pada 16 Februari lalu.

Pengerusi Badan Bertindak Pengusaha Pelancongan Batu Ferringhi, Shahul Hamid Hameed Sultan mendakwa, mereka dimaklumkan oleh pegawai pejabat itu bahawa arahan tersebut datangnya dari pejabat Ketua Menteri yang mahu pengusaha mengosongkan premis perniagaan masing-masing dalam tempoh empat hari dari tarikh surat itu dikeluarkan.

“Tidak tahu apa yang kami hendak buat selepas ini setelah mata pencarian kami mahu dirampas. Kerajaan negeri kata mahu bantu, mahu tolong kami. Apa ini, mana janji-janji dulu? Tindakan ini benar-benar tidak adil, kejam dan satu penganiayaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Lebih malang katanya, pihak berkuasa negeri dijangka mengambil tindakan susulan esok.

Menurutnya, dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat ketika ini, kerajaan negeri sepatutnya berusaha membantu anak-anak tempatan Batu Ferringhi mencari pendapatan, bukannya ‘merampas’ mata pencarian mereka.

“Kami bukannya baru berniaga di kawasan ini. Restoran, pusat urut, pusat sukan air di sini semuanya sudah berusia antara 10 hingga 30 tahun.

”Kami sedar kami menggunakan tanah rizab kerajaan dan perbuatan ini salah tetapi sejak mula berniaga sehinggalah hari ini, kami telah memohon untuk menduduki tanah ini secara sah namun setiap kali permohonan dibuat ia ditolak,” ujarnya.

Turut serta pada sidang akhbar itu ialah kira-kira 100 pekerja sektor pelancongan di kawasan tersebut.

Shahul Hamid berkata, sudahlah tiada sebarang bantuan diberikan kepada mereka untuk menjalankan perniagaan di kawasan itu, kini terpaksa pula menganggur apabila semua pusat-pusat pelancongan itu dirobohkan kelak.

Menurutnya, mereka telah mengutarakan masalah tersebut kepada penghulu di kawasan itu yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) untuk meminta bantuan namun beliau enggan campur tangan.

”Nampak sungguh perbezaan kerajaan negeri dulu dan sekarang. Kerajaan dulu tidak pernah kacau malah mereka menyokong kami berniaga di sini kerana ia antara tarikan pelancong untuk datang ke sini.

”Namun kerajaan negeri sekarang bertindak sebaliknya, mana janji-janji yang mereka tabur dulu,” katanya yang mengusahakan restoran di kawasan itu sejak 13 tahun dahulu.

Seorang peniaga, Abidin Latif, 53, yang menyediakan perkhidmatan urut berkata, bukan mudah untuk pengusaha pelancongan di kawasan itu terutama selepas tragedi tsunami pada 2004 lalu.

”Tiada siapa yang sudi membantu, tiada juga pinjaman yang dapat dibuat, semuanya lepas tangan dan sekarang mereka mahu merampas rezeki kami,” kata bapa kepada enam anak itu.

Sementara itu, seorang pelancong dari England, Tom Volpe, 40, berkata, dia tidak akan datang lagi ke Pulau Pinang jika kerajaan negeri berhasrat merobohkan premis yang ada di kawasan pelancongan seperti itu.

”Ketika mula datang ke Pulau Pinang kami pergi ke Georgetown. Saya berasa kami telah melakukan kesilapan kerana apa yang dilihat sama seperti yang ada di England dan Australia. Bangunan tinggi, hotel lima bintang, semuanya sama.

”Sehinggalah sampai ke Batu Ferringhi, barulah suasananya berlainan dengan segala kemudahan yang disediakan di sini oleh pengusaha sektor pelancongan, kami berasa lebih gembira dan saya benar-benar menyukai suasana begini,” katanya yang baru pertama kali datang ke Pulau Pinang bersama isterinya, Sarah Volpe, 38, tiga hari lalu.

Menurut Volpe, mereka tidak perlu datang dari jauh hanya semata-mata untuk melihat bangunan pencakar langit yang banyak terdapat di negara mereka sendiri.

Polis dihentam secukupnya apabila menembak mati 6 penjenayah di Kulim, Kedah.

Pemimpin Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan Polis tersebut bersifat perkauman.

Agaknya apa kata mereka kalau 6 penjenayah tersebut berjaya melarikan diri selepas berjaya menembak mati 6 orang anggota polis dalam kejadian tersebut?

Apa juga kata mereka seandainya 6 orang dari 80 peniaga ini terpaksa melakukan jenayah seperti merompak dan menyamun semata-mata untuk menampung kehidupan mereka dan keluarga mereka yang telah hilang mata pencarian akibat penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sendiri?

Mungkin peniaga itu juga akan berkata, “Lebih baik mati jadi penjenayah, sekurang-kurangnya ada pemimpin yang akan membela kematian mereka dari hidup terbuang di negeri sendiri…”

LGE : Sukar buka akaun, atau memang tiada akauntabiliti?

February 24, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Pulau Pinang

MEMANG TIADA AKAUNTABILITI… itulah yang boleh diperkatakan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) apabila memberikan alasan yang begitu remeh terhadap kegagalan kerajaan pimpinannya untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negeri pulau mutiara itu.

“Masalah yang timbul adalah kesukaran untuk membuka akaun amanah. Akaun ini akan digunakan untuk memasukkan dana yang disumbangkan oleh penderma, supaya setiap individu yang memberi sumbangan turut mendapat faedah” – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

Telah ternyata dan terbukti akan PEMBOHONGAN yang dilakukan oleh LGE apabila beliau ‘bercakap tidak serupa bikin’. Di sana sini menjaja perCAKAPannya, kerajaan Pulau Pinang akan menghapuskan kemiskinan tegar dalam masa setahun, sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh kerajaan BN dalam tempoh 50 tahun… tetapi apa yang diBIKINnya?

jawapannya … TIADA! malah semasa pembentangan belanjawan kerajaan Pulau Pinang untuk tahun 2009, tiada langsung peruntukan atau perancangan yang menjurus kepada usaha untuk membasmi kemiskinan tegar di negeri tersebut. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, walaupun kerajaan negeri lantang menguar-uarkan usaha membasmi kemiskinan menjelang bulan depan, realitinya tiada peruntukan dikhususkan bagi tujuan itu dalam Bajet 2009.

Menurutnya, alasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kesukaran membuka akaun amanah itu juga jelas menunjukkan kerajaan negeri memang tidak menyediakan sebarang perancangan beserta peruntukan khusus, sebaliknya hanya cakap-cakap kosong bagi meraih populariti rakyat.” Berita Penuh…

Jika rakyat masih tidak nampak lagi PEMBOHONGAN yang dilakukan oleh seorang Ketua Menteri ini, serta cubaannya untuk melepaskan diri dengan memberikan alasan yang tak munasabah, maka yang akan menerima kesannya nanti adalah rakyat Pulau Pinang itu sendiri.

Apa yang berjaya dilakukan oleh Lim Guan Eng dalam tempoh setahun ini adalah, beliau berjaya menjadi seorang petani contoh dengan mengusahakan penanaman tebu di bibir secara hidrofonik.

Sivakumar : Jangan main belakang

February 20, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Perak

.

Gantung MB Perak tak sah

Oleh ZULKIFLI JALIL dan ZABRY MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 19 Feb. – Pedulikan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar yang ternyata amat teruk dan tidak masuk akal.

Demikian reaksi spontan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mengulas tindakan Sivakumar menggantung dan melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Tegas Perdana Menteri, apa yang harus dilakukan oleh Zambry sekarang adalah terus menjalankan fungsi pentadbiran negeri sebagai kerajaan sah seperti mana dikehendaki rakyat.

Malah, beliau menyelar perlakuan Sivakumar yang juga ADUN DAP kawasan Tronoh itu sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang berkenan melantik Zambry dan barisan Exconya mengetuai kerajaan negeri.

‘‘Ini merupakan usaha terakhir pakatan pembangkang mahu menggulingkan kerajaan BN yang sah di Perak.

‘‘Oleh itu kerajaan negeri Perak (diterajui Zambry) perlu membuat laporan polis kerana apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu sesuatu yang menyalahi atau menolak apa yang telah dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan perlembagaan negeri,” katanya. Baca lagi…

Kalau penjelasan MB hatta PM sendiri penyokong PR tak nak percaya, baca pula penjelasan salah seorang Imam Besar mereka sendiri, Sahibus Samanah Karpal Singh :

Karpal: Keputusan Speaker DUN Perak tidak boleh dikuatkuasakan

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang DUN negeri itu, tidak boleh dikuatkuasakan.

Katanya, keputusan itu hanya boleh dikuatkuasakan apabila disahkan oleh Dewan Undangan Negeri Perak (DUN).

Katanya, Sivakumar perlu memanggil sidang DUN Perak untuk mengesahkan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu.

”Sivakumar mengambil tindakan di bawah Perkara 72(3) Peraturan Mesyuarat DUN untuk menggantung Zambry dan enam Exco yang mana apabila terdapat rungutan daripada ahli DUN semasa Dewan tidak bersidang maka keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa terbabit.

”Keputusan jawatankuasa itu bagaimanapun tidak boleh dikuatkuasakan selagi ia tidak disahkan oleh DUN dan hanya Sivakumar yang boleh memanggil sidang DUN kerana beliau merupakan Speaker yang sah ketika ini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Karpal berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh Sivakumar menggantung Zambry selama 18 bulan dan enam Exco selama 12 bulan semalam.

Katanya, dalam kes beliau yang digantung selama enam bulan pada tahun 2004, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mencadangkan dia digantung tetapi ia dibawa ke sidang Dewan Rakyat untuk disahkan di mana pengundian dijalankan dan mengesahkan penggantungan tersebut.

Tegas beliau, perkara yang sama harus dilakukan oleh Sivakumar untuk memanggil sidang DUN Perak yang harus dihadiri oleh semua wakil rakyat.

”Sidang DUN itu harus dihadiri oleh semua wakil rakyat termasuk Zambry dan enam Exco terbabit serta tiga wakil rakyat yang dikatakan telah meletak jawatan.

”Sidang DUN itu juga boleh digunakan untuk menggantikan Sivakumar sebagai Speaker, mengesahkan kedudukan tiga wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang kini menjadi ahli Bebas,” katanya.

Karpal menegaskan, Sivakumar tidak boleh menghalang mereka menghadiri persidangan selagi perkara itu tidak disahkan oleh DUN.

Lagu untuk Sahibus Samanah Karpal Singh :

“Sepi… diri ini…
…aku sendiri lagi…” x 2
(Petikan dari lagu ‘Sunyi’ nyanyian kumpulan Gersang)

ADUN disaran lepaskan kerusi, jangan biarkan rakyat terkapai

February 18, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Pilihan

.

Manoharan kekal tahanan ISA

PUTRAJAYA, 17 FEB: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan, kekal sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas rayuan writ habeas corpusnya ditolak Mahkamah Persekutuan di sini, semalam.

Hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman yang bersidang bersama Hakim Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin berpuas hati Manoharan gagal meyakinkan mahkamah bahawa penahanannya tidak sah.

“Kami menolak rayuan itu dan keputusan secara bertulis akan menyusul kemudian,” katanya. Baca lagi…

Ibarat di gantung tak bertali, itulah nasib yang menimpa rakyat dan pengundi di DUN Kota Alam Shah, Kalang.

Setelah hampir setahun berlalu selepas PRU Ke 12, suara (wakil rakyat) mereka masih lagi belum berkumandang di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Pastinya seribu satu macam masalah yang mereka hadapi perlu diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

Untuk menumpang kasih kepada ADUN Pandamaran dan ADUN Pelabuhan Klang yang berkhidmat di dalam kawasan Parlimen yang sama, kedua-dua ADUN tersebut juga mempunyai masalah domestik dan peribadi mereka sendiri.

Adakah kerana ingin mengekalkan bilangan kerusi terbanyak untuk terus berkuasa, kerajaan campuran negeri Selangor sanggup membiarkan rakyat di DUN tersebut terkapai-kapai menanti kepulangan wakil rakyat mereka?

Adilkah bagi rakyat DUN tersebut jika kerajaan campuran pimpinan Parti keADILan Rakyat itu terus menidakkan hak mereka untuk diwakili di dewan negeri?

Begitu galak sekali pemimpin PR di Perak mencabar BN supaya diadakan Pilihan Raya Negeri dengan membubarkan DUN di Perak dan menuduh BN sebagai pengecut sekiranya tidak menerima cabaran tersebut.

Kini, di sini, di Selangor ini, penulis ingin mencabar pihak Kerajaan Campuran Negeri Selangor supaya mengosongkan kerusi DUN Kota Alam Shah melalui perletakan jawatan M. Manoharan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil DUN N48 Kota Alam Shah.

Jika rakyat yang menjadi keutamaan pimpinan kerajaan campuran tersebut, tanpa cabaran ini pun, mereka sudah sepatutnya mengadakan semula pilihan raya di DUN berkenaan supaya hak rakyat untuk diwakili di dewan undangan negeri dapat diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Namun, jika kuasa yang menjadi keutamaan mereka, maka segaga-galanya HALAL bagi mereka… termasuk menidakkan hak rakyat.

Fitnah PR terbongkar : Penaja nafi Arumugam letak jawatan diugut BN

February 18, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Kedah

.

SUNGAI PETANI 17 Feb. – Individu yang menaja V. Arumugam pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, menafikan peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau itu disebabkan oleh ugutan pihak tertentu khususnya Barisan Nasional (BN).

Zamil Ibrahim yang juga bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah mendakwa, Arumugam tidak pernah ditawarkan sebarang imbuhan sekiranya bersetuju untuk meletak jawatan, sebaliknya beliau berbuat demikian atas sebab lain.

“Selepas sebulan menjadi Exco, Arumugam mengadu tidak selesa serta ‘dianaktirikan’ kerajaan negeri, jadi saya nasihatkan dia supaya keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan sebab itulah dia letak jawatan.

“Dia (Arumugam) menceritakan semua masalah kepada saya kerana saya bertanggungjawab membiayai sepenuhnya perbelanjaan beliau dari segi deposit calon, kos berkempen serta menyediakan borang pencalonan pada pilihan raya umum yang lalu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Zamil yang juga bekas Pengarah Strategi PKR Merbok mendakwa, walaupun beliau mempunyai kuasa penuh ke atas Arumugam dan boleh menyuruhnya meletak jawatan pada bila-bila masa, namun beliau tidak pernah menawarkan sebarang bayaran untuk tujuan itu.

Beliau mendakwa keputusan untuk menaja Arumugam dibuat secara peribadi selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih calon yang tidak dipersetujui PKR Merbok untuk kerusi DUN Bukit Selambau iaitu Saiful Izham Ramli yang pencalonannya ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana gagal mengemukakan belanjawan pada pilihan raya 2004.

Pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, Arumugam yang bertanding atas tiket Bebas sebelum menyertai PKR, menewaskan calon BN dari MIC, S. Krishnan dengan majoriti 2,362 undi.

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan selepas dikatakan tidak tahan dengan ugutan oleh pelbagai pihak, termasuklah kononnya terdapat individu tertentu yang mewakili BN menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

Arumugam, menerusi seorang wakilnya telah menghantar surat mengenai peletakan jawatan ADUN dan Exco Kerajaan Negeri pada 8 Februari lalu. – BERNAMA

Lambat atau cepat, akhirnya kebenaran pasti akan mencari jalan menimbulkan dirinya.

Ini adalah bukti nyata yang terang tanpa perlu bersuluh lagi terhadap tindak tanduk pemimpin pembangkang, juga blog-blog penyokong mereka yang sering melemparkan ‘persepsi’ negatif terhadap UMNO/BN yang selalunya berunsur fitnah atau sekadar boleh diterima lojik semata tanpa disandarkan dengan bukti yang kukuh.

Bolehkah rakyat hidup dibawah ‘Kerajaan Persepsi’ tajaan kerajaan bunian Pakatan Rakyat?

Pemuda UMNO Subang BERSEDIA!!!

February 17, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Subang, Hebahan

.

Elizabeth Wong tawar diri letak jawatan Exco, Adun

KUALA LUMPUR: Elizabeth Wong Keat Ping yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogelnya di internet, menawarkan diri meletakkan jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar pagi ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini.

.
.

.
.
Rakan-rakan pejuang Pemuda UMNO Subang,

Setelah dua kali mengikuti Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, kini tibalah masanya untuk kita berjuang lagi, cuma kali ini mungkin di tempat kita sendiri di Parlimen Subang ini iaitu di DUN N37 Bukit Lanjan.

Berbekalkan pengalaman yang diperolehi dari kedua-dua PRK tersebut, InsyaAllah, jentera Pemuda UMNO Subang akan lebih mantap dan tersusun bagi menghadapi PRK DUN N37 Bukit Lanjan ini nanti.

Oleh itu, rakan-rakan pejuang Pemuda UMNO Subang di setiap peringkat mestilah bersedia untuk digerakkan bagi menghadapi Pilihanraya Kecil DUN N37 Bukit Lanjan yang mungkin akan berlaku.

Pemuda UMNO Subang juga akan berbincang dan berkerjasama dengan Pemuda dari parti-parti komponen Barisan Nasional bagi mengatur strategi dan langkah yang membolehkan kemenangan Barisan Nasional direalisasikan di DUN Bukit Lanjan jika pilihan raya kecil tersebut diadakan.

Walau apapun keputusannya kelak, kita tetap akan menjalankan tugas untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Subang khasnya, dan negeri Selangor amnya.

HIDUP BARISAN NASIONAL!!!

Awal-awal lagi pembangkang sudah bersuara negatif terhadap SPR

February 16, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Pilihan

Awal-awal lagi pihak pembangkang sudah mengeluarkan kenyataan dalam blog mereka menyebar dakyah baru yang kononnya keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu selamatkan UMNO dari kekecohan besar kononnya kalau calon-calon BN kalah hingga hilang wang pertaruhan di ketua-dua pilihan raya kecil di DUN Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen Bukit Gantang Perak. Seterusnya…

PANAS! : ADUN Bukit Lanjan ‘dibogelkan’ bekas kekasih

February 16, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Selangor

.

Gambar bogel ADUN PKR…tindakan menanti

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengaku gambar bogel yang tersebar kini adalah gambarnya.

Beliau yang pernah menjadi jadi pembantu khas kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membuat laporan polis hari Isnin.

Kini timbul desakan agar beliau meletak jawatan kerana moralnya dipertikaikan – Sementara itu, Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu gambar bogel Elizabeth Wong.

Katanya, PKR akan mendapatkan keterangan Exco itu serta laporan polis sebelum memutuskan tindakan lanjut.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula berkata isu itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco Negeri, Rabu ini – agendadaily


And don’t call me ‘YB’ (Yang Berbogel?) please…

.

Aduan polis foto bogel exco S’gor
Feb 16, 09 10:09am
kemaskini 11.28pm Seorang exco kerajaan Selangor telah membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu – kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya – sewaktu beliau sedang tidur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) wanita itu, dalam usia lewat 30-an dan masih bujang, dijangka mengeluarkan kenyataannya hari ini.

Beliau menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Sambil menafikannya, beliau membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut. – malaysiakini

Sasaran kedua dakwaan seks? Biar betul malaysiakini.com ni. Yang ada bukanlah pendakwaan tetapi pengakuan dari ADUN itu sendiri.

Perlukah di bawa sampai ke dalam mesyuarat EXCO negeri? Bukan apa, cuma simpati pada Dato’ Dr. hassan Ali yang terpaksa menahan nafsu memejamkan mata untuk tidak melihat koleksi panas foto ADUN tersebut dibentangkan di atas meja mesyuarat itu nanti.

Secara seriusnya, perlukah masalah peribadi seperti itu dibincangkan di peringkat negeri?

Cukuplah diadakan mesyuarat diperingkat partinya, yang kemudiannya mesyuarat tersebut akan memutuskan supaya ADUN tersebut meletakkan jawatannya sebagai EXCO.

Adalah lebih baik lagi jika ADUN itu turut meletakkan jawatan Wakil Rakyatnya kerana rakyat di DUN Bukit Lanjan pasti tidak mahu DUN mereka menjadi terkenal dengan ADUN mereka yang berbogel.

Sekiranya ADUN tersebut meletak jawatan, dan Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Lanjan diadakan, sudah pasti kerusi DUN bukit Lanjan akan menjadi ‘kerusi terpanas’ dalam sejarah pilihan raya di Malaysia….  panas dengan skandal pembogelan ADUNnya.

Sivarasa, kembalilah ke Subang

February 15, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Selangor

.

Sivarasa dihalang masuk Sarawak

KUCHING, 14 FEB : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R Sivarasa, dihalang memasuki Sarawak oleh anggota Jabatan Imigresen Malaysia ketika beliau menggunakan pintu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, petang semalam.

Difahamkan, Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang, tiba di LTAK kira-kira jam 1.30 petang, dan ketika melalui pemeriksaan imigresen, beliau dihalang memasuki bangunan terminal dan diiringi pasukan polis bantuan ke Pejabat Imigresen LTAK.

Ketika dihubungi Berita Minggu semalam, Sivarasa memaklumkan pihak imigresen memberi alasan beliau bukan rakyat Sarawak dan tidak menetap di sini.

Kejadian ini adalah yang kedua berlaku selepas Disember lalu apabila Sivarasa turut ditahan pihak imig-resen ketika cuba memasuki Sarawak sebelum diarah pulang pada hari sama.

“Saya ke Kuching bagi menghadiri mesyuarat PKR Sarawak yang dijadualkan berlangsung petang semalam sebelum berangkat ke Miri bagi satu lagi majlis pada sebelah malam.

“Namun ketika melalui pemeriksaan imigresen saya dimaklumkan tidak dibenarkan memasuki negeri ini dengan alasan saya bukan berasal dari Sarawak dan tidak menetap di Sarawak,” katanya yang mendakwa disoal selama empat jam di LTAK.

Beberapa pemimpin PKR Sarawak turut kelihatan berada di LTAK termasuk cuba berbincang dengan pegawai imigresen namun Sivarasa hanya dibenarkan keluar ke terminal selama 30 minit untuk makan tengah hari.

Sivarasa berkata, beliau dimaklumkan namanya disenarai hitam pihak imigresen sejak tahun 1998 namun mendakwa sudah beberapa kali masuk ke negeri ini tanpa masalah termasuk ketika menghadiri satu Festival Muzik tahun lalu.

“Kali terakhir saya dibenarkan memasuki Sarawak ialah pada Festival Muzik Hutan Hujan yang berlangsung Julai tahun lalu dengan mereka (imigresen) tidak pernah memaklumkan saya disenarai hitam. – BERITA HARIAN

Tak payahlah sibuk-sibuk kat negeri orang. Baliklah ke Subang. Di Subang ini sahaja dah ada seribu satu macam masalah rakyat. Asyik sibuk turun naik mahkamah ikut ‘Boss’. Sanggup abaikan program  untuk rakyat semata-mata mahu berada di sisi ‘Boss’ (nasib baik bukan ‘depan’ Boss). Kalau dah tak cukup tangan dan rambut untuk berkhidmat kepada rakyat di Subang ni, letak sahajalah jawatan Ahli Parlimen tu. Jangan susahkan dan abaikan rakyat macam ni.

KENYATAAN AKHBAR SULTAN SELANGOR

February 15, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Subang, Hebahan

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta. Seterusnya…

Halaman Seterusnya »