Cadangan Konsep Pemilihan Dan Pindaan Perlembagaan UMNO
June 26, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Subang, Hebahan
KUALA LUMPUR, 24 Jun – Jawatankuasa Teknikal Pindaan Perlembagaan UMNO telah bersetuju dengan beberapa cadangan yang akan diperhalusi bagi memenuhi citarasa ahli-ahli UMNO khususnya generasi muda, untuk memberi peluang kepada semua ahlinya turut serta menyuarakan pandangan dan pendapat. Seterusnya…
Otai Subang F.C juarai futsal
June 17, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

SG. BULOH, 14 Jun – OTAI SUBANG F.C, satu-satunya pasukan jemputan di dalam Kejohanan Futsal Tertutup anjuran Pemuda UMNO Paya Jaras Utara, berjaya menjuarai kejohanan tersebut dengan mengalahkan pasukan tuan rumah, BULI BALIK pada perlawanan akhir.
Kejohanan yang diadakan di Frenzy Futsal Sports Center, Sg. Buloh itu dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Subang, Y.B. Dato’ Ir Muhammad Bushro Bin Mat Johor di sebelah pagi manakala hadiah berupa wang tunai dan piala disampaikan oleh Penolong Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Subang, Sdra. Anuar Bin Attan. Seterusnya…
KRT Pelangi Damansara anjur Karnival Sukan Rakyat
June 17, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

PELANGI DAMANSARA, 14 Jun – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Sdra. Harrison Bin Hassan merasmikan Karnival Sukan Rakyat anjuran KRT Pelangi Damansara. Karnival yang turut dihadiri oleh para pemimpin tempatan itu mendapat penyertaan dan sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk kerana karnival sebegitu dapat memupuk semangat kesukanan disamping merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama penduduk yang berbilang agama dan bangsa. Seterusnya…
Penyampaian hadiah futsal Pemuda Paya Jaras Barat
June 17, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

PAYA JARAS DALAM, 11 Jun – Sebanyak empat pasukan tuan rumah dan empat pasukan jemputan yang memenangi Kejohanan Futsal de’ Barat anjuran Pemuda UMNO Paya Jaras Barat pada 7 Jun yang lalu di Frenzy Futsal Sports Center, Sg. Buloh menerima hadiah masing-masing dalam satu majlis penyampaian hadiah yang diadakan sejurus selesainya persidangan tahunan cawangan tersebut di perkarangan rumah Ketua Wanita UMNO Cawangan Paya Jaras Barat. Seterusnya…
Isu Masjid: JAIS tak buat bodoh, tapi buat hal
June 12, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Semasa, Selangor
Kesinambungan dari artikel sebelum ini : Dakyah PAS di masjid, JAIS buat bodoh
Surat #4 – Kecewa cara JAIS pantau masjid di Selangor
SAYA juga amat tertarik dengan tulisan Shah De Bunt dari Masjid Al-Hisam TTDI Jaya, di ruangan ini pada 2 Jun 2009 dan kagum dengan keberanian Tok Demang, Subang Perdana, mendedahkan kegagalan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memantau masjid-masjid di seluruh Selangor. Seterusnya…
Pemuda UMNO Paya Jaras Barat anjur futsal
June 11, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Kemeriahan musim futsal di Bahagian Subang diteruskan dengan Pertandingan Futsal de Barat anjuran pemuda UMNO Paya Jaras Barat di lokasi yang sama diadakan pertandingan futsal anjuran UMNO Kg. Sri Indah pada malam sebelumnya iaitu di Frenzy Futsal Sports Planet, Sg. Buloh. Seterusnya…
UMNO Kg. Sri Indah anjur futsal
June 11, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Pada 6 Jun 2009, UMNO Cawangan Kampong Sri Indah Sg. Buloh telah menganjurkan pertandingan futsal yang dikendalikan oleh Pemuda UMNO cawangan tersebut di Frenzy Futsal Sports Center, Sg. Buloh.
Ketua UMNO Bahagian Subang, Y.B.Dato’ Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor merasmikan pertandingan futsal berkenaan yang menawarkan hadiah berupa pingat bagi pasukan yang menang dan hamper barangan bagi pemain terbaik. Turut hadir pada upacara perasmian adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Sdra. Harrison Hassan. Seterusnya…
Fatwa Mee Segera : Khutbah politik diharuskan – Nik Aziz
June 4, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Semasa, Kelantan
Jika pemimpin UMNO/BN seringkali dikatakan menggunakan projek ‘mee segera’ seperti baikpulih bangunan atau naik taraf jalanraya bagi menarik para pengundi ketika kempen pilihanraya, pemimpin Pakatan juga tidak ketinggalan apabila pemimpin parti PAS terutamanya sering mengeluarkan fatwa-fatwa ‘mee segera’ seperti menghalalkan caci maki dan membuka keaiban orang islam serta mengharamkan masuk syurga kepada pengundi UMNO/BN. Fatwa-fatwa tersebut dikeluarkan semata-mata untuk menghalalkan cara kempen mereka yang berbaur fitnah, menjatuhkan maruah dan mengelirukan pengundi. Seterusnya…
Pemuda raikan mempelai di sana sini
June 3, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang
Musim cuti semester persekolahan adalah masa yang dinanti-nantikan oleh guru-guru dan para pelajar yang pasti ingin menghabiskan cuti panjang berkenaan dengan pelbagai aktiviti dan perjalanan yang telah dirancang.
Tidak ketinggalan yang menunggu tempoh cuti tersebut dengan penuh debaran adalah pasangan-pasangan yang akan mengikat talian kasih sayang mereka dengan lafaz akad nikah dan majlis persandingan di pihak pengantin lelaki dan pihak pengantin perempuan. Seterusnya…
Khatan beramai-ramai di Desa Subang Perantau
June 3, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

TAMAN SUBANG PERDANA, 31 Mei – Seramai 15 orang kanak-kanak bertuah diraikan dan dikhatankan dalam satu majlis khatan beramai-ramai anjuran Persatuan Penduduk Desa Subang Perantau yang diadakan di kediaman Ketua UMNO Cawangan Subang Indah DSP 2, Tn. Hj. Lut Bin Kassim. Seterusnya…


