Kes ADUN Jawi: SPRM tutup siasatan, DAP buka temberang

July 30, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Pulau Pinang

BUTTERWORTH 29 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan kes penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat selepas mendapati tiada keterangan untuk membuat pendakwaan. Seterusnya…

Lebih 4,000 BaitulJudi dan BaitulUruuut di Selangor – Baitulmal juga yang dikejar

July 30, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Selangor

KUALA LUMPUR 29 Julai – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini mendakwa terdapat lebih 4,000 tempat judi, hiburan dan spa beroperasi secara haram sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu. Seterusnya…

Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Tertutup Pelangi Damansara

July 29, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

BANDAR UTAMA, 26 Julai – Pemuda UMNO Cawangan Pelangi Damansara menganjurkan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Tertutup di Padang BU3, Bandar Utama, Damansara. Kejohanan ini bermula seawal jam 8.30 pagi.

Kejohanan ini disertai oleh penduduk-penduduk Pelangi Damansara sendiri yang terdiri dari enam pasukan:- Seterusnya…

Ronnie : Salah guna kuasa atau melebihi had kuasa?

July 27, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Selangor

.

Ada sesuatu yang menarik boleh dipetik daripada perenggan ketiga surat arahan ini yang ditandatangani oleh salah seorang Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang kini panaaas apabila sebuah blog baru baru ini cuba untuk kaitkan beliau dengan kematian misteri Teoh Beng Hock. Seterusnya…

Kejohanan Futsal Tertutup Pemuda Bukit Lagong

July 27, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

SG. BULOH, 26 Julai – Pemuda UMNO Cawangan Kampong Bahagia Bukit Lagong hari ini menganjurkan kejohanan futsal tertutup di Frenzy Futsal Sports Center, Sg. Buloh.

Kejohanan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Subang, Y.B. Dato’ Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor.

Kejohanan tersebut disertai oleh enam pasukan dari pemuda cawangan tersebut dan tiga pasukan jemputan. Seterusnya…

Pemuda Subang ziarah ibu, raikan ulangtahun

July 27, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Prihatin

SELAYANG, 25 Julai – Pemuda UMNO Subang hari ini menziarahi ibu kepada Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Subang, Sdra. Iznan Saffrizan Bin Ali Amberan di Hospital Selayang.

Fatimah Binti Hussain, 61, telah dimasukkan ke Wad 10D di hospital berkenaan pada 20 Julai 2009 kerana menghadapi sakit usus hati dan kencing manis. Seterusnya…

Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Subang 2009

July 26, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Subang 2009 telah berlangsung dengan jayanya di The Club@Bukit Utama, Bandar Utama pada 19 Julai 2009 yang lalu. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Ketua UMNO Bahagian Subang, Y.B. Dato’ Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor. Seterusnya…

Masih mahu makan udang geragau?

July 21, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Pilihan

.

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba  di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

.

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

.

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

.

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

SUMBER : http://www.bluehikari.com

Politik Terjun

July 20, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Pilihan

“KELAKAR GILA…”

Oleh: FAWZI SAAT

‘kita masih tidak sedar’…… kematian seorang kafir terjatuh dari bangunan sprm tingkat 14 bagi aku telah sengaja disalahertikan oleh orang-orang yang berkepentingan politik. lebih memilukan lagi kita menunding jari menyalahkan saudara sesama agama demi meraih simpati sokongan. yang kelakarnya.. kejadian yang sama menimpa seorang pelajar beragama Islam sebuah universiti tidak mendapat perhatian pun dari tokoh-tokoh hebat politik kita.. ada yang nak menjenguk jenazah beliau??? haram…

lagi kelakar… anggota polis juga dianggap sebagai musuh.. sedangkan tugas anggota polis adalah untuk mengamankan keadaan daripada malapetaka yang tidak diduga.. kita harus sedar.. bukan semua orang cintakan pada ketidakharmonian.. akibat perhimpunan yang aman boleh bertukar menjadi kacau.. bukankah keamanan yang kita nikmati sekarang hasil daripada pejuang yang mempertahankan negara dari serangan komunis dulu.. siapakah mereka jika tidak anggota tentera dan polis.. (selain otai-otai silat..) meninggalkan anak isteri yang tercinta demi keamanan negara.. jangan disebabkan segelintir anggota polis yang membuat onar habis kesemuanya dianggap tidak betul..

berbalik pada kes kematian tersebut.. biarlah pihak yang sepatutnya membuat penyiasatan. kekacauan berlaku disebabkan ada hero (teramat kelakar..) yang cuba bertindak sebagai penyelamat sesuatu kaum biar pun menggadaikan persaudaraan sesama Islam. kadang-kadang aku rasa negara kita semakin hilang bibit-bibit perpaduan.. walaupun kita tidak kira dari parti mana melaungkan perpaduan.. hakikatnya kita diambang kehancuran yang maha dasyat jika senario politik seperti sekarang terus terusan begini.

janganlah kita akhirnya menjadi pak kadok.. menang sorak kampung tergadai.. dek kerana inginkan kuasa yang akhirnya kuasa tersebut bukan milik kita. oleh kerana pentingkan kedudukan dan kekuatan politik habis semua luar dalam dilondehkan demi mencapai cita-cita.. dan akhirnya kita bangsa melayu akan terus dipermainkan di bumi sendiri.. jadilah kita seperti pak pandir yang sememangnya telah banyak diriwayatkan sebagai seorang mamat melayu yang sememangnya selalu akan mengalami kegagalan.. perlukah jadi pak pandir? kelakar…

p/s: lagi banyak kes mati terjun banggunan kat genting highland.. biasa la depa ni.. dah kalah judi.. penin sikit terjun je.. huhu

Perubahan Di Dalam Perlembagaan UMNO

July 14, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Pilihan

Oleh : Dato’ Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh

Semasa menyampaikan ucapan penerimaan jawatan Presiden di hari terakhir perhimpunan agung Umno pada 28 Mac lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan bahawa Umno akan berubah bagi memastikan kelansungan berterusan parti itu pada masa hadapan. Presiden Umno itu yakin bahawa secara umumnya, rakyat tidak menolak Umno, tetapi “sebenarnya mereka mahu Umno berubah”. Seterusnya…

Halaman Seterusnya »