Pemuda Taman Ehsan dan Usaha Jaya Beri Sumbangan

August 30, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Prihatin

Sumbangan Pemuda UMNO Taman Ehsan dan Usaya Jaya

TAMAN EHSAN, 29 Ogos – Sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Pemuda UMNO Taman Ehsan dan Pemuda UMNO Taman Usaha Jaya hari ini melakukan ziarah dari rumah ke rumah untuk menyampaikan sumbangan berbentuk barangan makanan dan wang tunai kepada keluarga yang memerlukan. Seterusnya…

Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Subang bersama anjurkan program

August 27, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Hebahan

Mesyuarat Penyelarasan Program "Jom Masak Lemang"

KOTA DAMANSARA, 26 Ogos – Pemuda UMNO Bahagian Subang bersama sayap Puteri dan Wanita UMNO Bahagian Subang hari ini menjalankan mesyuarat bagi membincangkan persiapan program “Jom Masak Lemang” yang akan dianjurkan secara bersama oleh ketiga-tiga sayap berkenaan. Seterusnya…

Subang menyambut kedatangan RAMADHAN

August 21, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Marhaban Ya Ramadhan

KOTA DAMANSARA – Bulan Ramadhan sememangnya amat dinanti-nantikan oleh sesetengah orang atas pelbagai sebab. Antaranya, bulan Ramadhan adalah bulan untuk melakukan sebanyak mungkin amal ibadat dengan mengharapkan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lainnya. Seterusnya…

Pemuda Subang bantu OKU

August 16, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Prihatin

Gotong Royong Bantu OKU

KG. MELAYU SUBANG, 15 Ogos – UMNO Cawangan Subang Jati yang diketuai oleh Hj. Mohd Sani Bin Hj Najib mengadakan gotong royong bagi membantu masyarakat yang kurang upaya. Program yang diadakan turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian, Y.B. Dato’ Ir. Muhammad Bushro; Naib Ketua UMNO Bahagian, En. Abd Raof; Ketua Pemuda Bahagian, Sdra. Harrison; Pemimpin UMNO Cawangan-Cawangan di Zon Subang, JKKKP Kg. Melayu Subang, NGO dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Seterusnya…

Edisi Fatwa Sengal : DAP diharuskan hina Islam

August 13, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Kelantan

Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam

KOTA BHARU 12 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam. Seterusnya…

UMNO RPF2 sambut kedatangan Ramadhan

August 12, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

SG. BULOH, 11 Ogos – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan kerjasama UMNO Cawangan Rumah Pangsa Fasa 2 Bandar Baru Sg. Buloh mengadakan majlis bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah dan diikuti dengan bacaan Yaasin serta tahlil sebelum dijamu dengan hidangan makan malam oleh pihak tuan rumah. Seterusnya…

PAS gadai prinsip perjuangan untuk kuasa

August 12, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Selangor

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Pas tetap tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang walaupun ia berdepan pelbagai konflik termasuk isu penjualan arak.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidak menghormati prinsip tertentu perjuangannya. Seterusnya…

Ronnie, Kerajaan Negeri tidak perlu dolak-dalik

August 10, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Subang

KOTA DAMANSARA – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikannya, Ronnie Liu digesa agar tidak berdolak-dalik dan berpolitik dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Bekas calon Barisan Nasional Parlimen Subang, T Murugesan menyifatkan kenyataan exco itu berbelit-belit dan cuba menyembunyikan sesuatu. Seterusnya…

Wakil G10 Pemuda ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Subang 2009

August 7, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

BANDAR UTAMA, 2 Ogos – Seramai 10 orang perwakilan Pemuda yang telah dipilih semasa Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian pada 19 Julai yang lalu, hadir ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Subang 2009.

Mereka adalah Sdra. Che Ramli Tausa, Sdra. Anuar Attan, Sdra. Kosim Ibrahim, Sdra. Ahmad Nizam Sheikh Omar, Hj. Shahrizal Mohamad, Sdra. Mohd Faheedi Ailias, Sdra. Zaidi Ibrahim, Us. Wan Sobri Wan Nasir, Sdra. Suhaimi Abdul Wahab dan Sdra. Md Jaafar Bahaman. Seterusnya…

Selipar TESCO: Islam dipijak-pijak

August 7, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Pilihan

Selipar ni aku jumpa sekali lagi(kali ke2) kat TESCO KAMPAR PERAK semalam.
Ianya ada tulisan ‘ALLAH’ sebelah kiri dan ‘MUHAMMAD’ sebelah kanan.
Bulan 4 lepas aku jumpa 1st time and aku buat report pada customer service depa minta tarik balik jualan selipar tu kejap tu juga.
Depa tarik balik penjualan selipar tu… Seterusnya…

Halaman Seterusnya »