Pemuda Ara Damansara terus bantu masyarakat
September 15, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Prihatin

ARA DAMANSARA, 14 September – Dengan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Syawal, Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Ara Damansara telah mengatur satu program bantuan Aidilfitri buat masyarakat setempat yang kurang bernasib baik agar sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mereka akan dapat diringankan. Seterusnya…
Program “Jom Masak Lemang” meriah
September 14, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KG. SG. KAYU ARA, 13 September – Ketibaan Syawal yang semakin hampir amat dirasai apabila melihat deretan lemang yang sedang dibakar dan rendang yang dikacau di dalam kawah berserta dengan alunan lagu-lagu raya yang didendangkan. Seterusnya…
Berbuka Puasa bersama YB
September 13, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KAYANGAN HEIGHTS, 12 September – Ketua UMNO Bahagian Subang merangkap ADUN Paya Jaras, Y.B. Dato’ Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor hari ini menganjurkan majlis berbuka puasa di kediamannya.
Acara penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim turut diadakan sebelum majlis berbuka puasa. Seterusnya…
Pemuda bawa anak-anak yatim membeli-belah
September 11, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Prihatin

SUBANG JAYA, 10 September – Seramai 47 orang anak-anak yatim dari rumah kebajikan Rumah Kasih Harmoni (RKH), Paya Jaras dibawa membeli pakaian hari raya di Pasar Raya Mydin USJ di Subang Jaya hari ini sebagai persiapan menyambut ketibaan 1 Syawal tidak lama lagi. Seterusnya…
Dinar Emas ganti matawang US Dollar
September 10, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Pilihan
.![]() |
Oleh : Abu Muhammad Zubair
1. Ketika membelek-belek tajuk-tajuk menarik yang terpapar di beberapa blog yang sering saya kunjungi, termasuklah blog chedet, saya tertarik dengan posting terbaru chedet, berkenaan satu laporan dari Blomberg yang melaporkan, UN kini sedang mencari satu matawang baru, bagi menggantikan US Dollar sebagai matawang perdagangan antarbangsa. Seterusnya…
Pemuda Kayu Ara agih bubur lambuk
September 9, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KAYU ARA, 6 September – Pemuda Zon Kayu Ara dengan kerjasama jawatankuasa Surau Darul Ikhlas, Taman Kayu Ara Indah menganjurkan program memasak bubur lambuk diikuti dengan majlis berbuka puasa dan bertarawih di surau yang terbabit. Seterusnya…
Isu Kuil : Kerajaan PR Selangor abaikan penduduk
September 8, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Semasa, Selangor
Khalid tetap teruskan
SHAH ALAM 7 Sept. – Meskipun mendapat bantahan besar-besaran penduduk sehingga hampir mencetuskan pergaduhan, kerajaan negeri hari ini membuat keputusan meneruskan cadangan untuk memindahkan tapak pembinaan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 di sini. Seterusnya…
Selamat menjalani peperiksaan UPSR
September 8, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Pada hari Ahad (06 September) yang lalu, Pemuda UMNO Cawangan Ara Damansara telah mengadakan program motivasi dan solat hajat bagi anak-anak penduduk di Apartment Sri Meranti yang akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan bermula pada hari Selasa (08 September) ini. Seterusnya…
Pemuda beri sumbangan kepada Warga Emas dan Miskin
September 6, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Prihatin

TAMAN SUBANG BARU, 5 September – Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Taman Subang Baru dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kg. lembah Subang hari ini mengadakan program penyampaian sumbangan kepada golongan miskin dan warga emas. Seterusnya…


