Nik Aziz… Letaklah Jawatan
November 26, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Semasa, Kelantan
‘Jangan larang Nik Aziz letak jawatan’
Anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tiada pihak yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian “kerana ayahanda telah tua dan keletihan”. Seterusnya…
Kronisme parti pembangkang
November 26, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Pilihan
Oleh AZNAN BAKAR
pengarang@utusan.com.my
CAKAP tidak serupa bikin atau kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan mata tidak nampak.
Itu merupakan antara perumpamaan dan peri bahasa yang menggambarkan situasi politik pembangkang sekarang.
Baik Pas, DAP mahupun PKR mereka tidak terlepas daripada unsur kronisme. Seterusnya…
Larang kursus BTN bukti sokongan PR merosot
November 26, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Semasa, Selangor
SHAH ALAM 25 Nov. – Bimbang dengan pengaruh yang semakin merosot, kerajaan Selangor telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta. Seterusnya…
KEMAS dekati rakyat di Merbau Sempak
November 26, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

MERBAU SEMPAK, 22 Nov – Hujan renyai-renyai seawal pagi tidak melunturkan semangat peserta Senam Seni 1 Malaysia untuk terus melakukan gerak tarian senaman mengikut irama lagu yang didendangkan.
Aktiviti senaman tersebut adalah sebahagian dari Program Mesra Rakyat KEMAS DUN Paya Jaras yang diadakan di padang bolasepak Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak. Seterusnya…
Tahniah buat mempelai Matahari
November 16, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KOTA DAMANSARA – pemudasubang.com mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Ketua Wanita UMNO Cawangan Gugusan Matahari, Pn. Siti Zubaidah yang telah selamat melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuan beliau, semalam.
Semoga kedua mempelai akan beroleh kebahagiaan yang berkekalan dan sentiasa di bawah peliharaan Allah s.w.t. Seterusnya…
Penduduk dakwa usaha tubuh KRT KMST disabotaj
November 16, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KOTA DAMANSARA, 15 Nov – Dua kali cubaan telah dilakukan oleh penduduk Kg. Melayu Subang Tambahan (KMST) untuk mewujudkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) namun usaha mereka tidak berjaya kerana terdapat di kalangan pemimpin kampung tersebut yang menggagalkan usaha mereka hanya disebabkan oleh perbezaan politik. Seterusnya…
Bai’ah Talak PAS: Khalid – Terlajak perahu boleh diundur…
November 11, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Semasa, Selangor

Khalid Samad Akui Silap Keluar Kenyataan Mengenai Baiah; Zul Noordin Enggan Tarik Balik Kenyataan… – BERNAMA
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengakui kesilapan beliau mengeluarkan kenyataan baiah atau sumpah taat setia yang turut memberi kesan kepada wakil rakyat PAS. Seterusnya…
Undian Pertandingan Bolasepak Liga Subang
November 9, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

BUKIT RAHMAN PUTRA, 08 Nov – Sebanyak 40 pasukan disahkan akan bertanding di dalam Pertandingan Bolasepak Liga Subang bermula November 2009 sehingga Julai 2010.
Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Kelab Bolasepak Putra Subang bagi merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah Rm27,000 berserta Piala Dato’ Ir Muhammad Bushro. Seterusnya…
Putera Puteri KEMAS diraikan
November 9, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KOTA DAMANSARA, 8 Nov – Pemuda UMNO Subang telah berkesempatan untuk turut sama meraikan putera dan puteri KEMAS di dalam dua program yang diadakan serentak pada sebelah pagi oleh Tabika KEMAS Taman Subang Perdana dan Tabika KEMAS Taman Sri Buloh, semalam.
Tabika KEMAS Taman Subang Perdana menganjurkan Hari Sukan tabika tersebut di padang Subang Perdana U3. Seterusnya…

