Hari Keluarga UMNO Bahagian Subang meriah

December 28, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Hari Keluarga UMNO Bahagian Subang

MUTIARA DAMANSARA, 27 Dis. – Pertandingan Boling Antara Cawangan menjadi acara utama sambutan Hari Keluarga UMNO Bahagian Subang pada tahun ini yang diadakan dengan begitu meriah sekali di Pin Junction, The Curve. Seterusnya…

Program Titian Kasih 2 tepati konsep 1Malaysia

December 25, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Prihatin

Program Titian Kasih 2

KOTA DAMANSARA, 21 Dis. – Program Titian Kasih 2 anjuran Pemuda UMNO Subang melalui Biro Pendidikan dan Modal Insan bersama-sama Pergerakan Pemuda Parti-Parti Komponen Barisan Nasional adalah satu contoh program yang benar-benar menghayati konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak. Seterusnya…

UMNO Desa Satu anjur jamuan BBQ

December 22, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Jamuan BBQ UMNO Cawangan Desa Satu

AMAN PURI, 20 Disember – Baru setahun tertubuhnya UMNO Cawangan Desa Satu secara rasmi, pelbagai aktiviti dan program yang telah dijalankan dan disertai oleh ahli-ahli UMNO cawangan pimpinan En. Othman Ghani selaku ketuanya, Sdra. Zamri Ishak selaku Ketua Pemudanya dan Sdri. Rosliza Ghani selaku Ketua Puterinya. Seterusnya…

Pemuda Gugusan Siantan anjur futsal

December 22, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Kejohanan Futsal Tertutup Gugusan Siantan

KOTA DAMANSARA, 20 Disember – Pemuda UMNO Cawangan Gugusan Siantan bersama Persatuan Penduduk dan Badan Kebajikan Gugusan Siantan telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Gugusan Siantan di padang awam Gugusan Siantan. Seterusnya…

Isu Minyak: Anwar kantoikan PAS Kelantan

December 21, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Kelantan

Anwar akui Kelantan tidak layak terima royalti – Mustapa

KOTA BHARU 20 Dis. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak langsung mengakui Kelantan memang tidak berhak menerima royalti minyak apabila beliau membawa usul meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 di Dewan Rakyat baru-baru ini. Seterusnya…

Pemuda Subang sertai Kejohanan Futsal Pemuda Selangor

December 21, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Kejohanan Futsal Pemuda UMNO Selangor

Syabas diucapkan kepada pasukan AJK Pemuda UMNO Subang dan pasukan pilihan Pemuda UMNO Subang yang telah berjuang habis-habisan walaupun kalah akhirnya di dalam Kejohanan Futsal Pergerakan Pemuda UMNO Selangor bagi merebut Piala Y.B. Dato’ Sri Hj. Noh Omar yang diadakan semalam di Sports Planet Subang Grand, Subang Jaya. Seterusnya…

Cuit: Alkisah India di India dan India di Malaysia

December 19, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Pilihan

Oleh Zaini Hassan
(yang berada di kota raya Hyderabad, India dari 29 November-4 Disember menghadiri Forum Editor-Editor Sedunia)

BERADA di kota raya tua India, Hyderabad selama seminggu minggu lalu amat memberi kesedaran kepada diri ini. Setiap inci persegi tanah di kota-kotanya dihuni oleh ratusan insan. Setiap kilometer persegi dihuni oleh ratusan ribu insan dan setiap bandar raya di negara keramat itu dihuni oleh jutaan manusia. Dan India ialah tanah bagi 1.2 bilion umat manusia. Angkanya bertambah setiap saat. Seterusnya…

Polis tahan dua pemimpin AMK Selangor

December 19, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Selangor

SHAH ALAM 18 Dis. – Polis menahan dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor kerana didakwa mengedar risalah berunsur hasutan di pekarangan masjid negeri di sini selepas solat Jumaat hari ini. Seterusnya…

Lim Guan Eng – Bapa Perkauman Malaysia?

December 19, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Hal Semasa, Pulau Pinang

Pura-pura tidak tahu

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Tuduhan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Utusan Malaysia seperti penjahat yang perlu dijauhi, menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berpura-pura tidak tahu peranan akhbar vernakular di negara ini. Seterusnya…

Gerak kerja pilihanraya dimulakan awal

December 18, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

PDM DUN Paya Jaras

SG. BULOH, 17 Dis – Bermula awal tahun hadapan, semua jentera Peti Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional akan diaktifkan di setiap DUN sebagai persiapan untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Seterusnya…

Halaman Seterusnya »