Pemuda masuk gelanggang di Kg. Melayu Subang
February 24, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KG. MELAYU SUBANG, 21 Februari – Sebaik selesai program Perhimpunan Warga Penerangan UMNO Bahagian Subang di Dewan Sekolah Kebangsaan Subang Perdana U3, rombongan Pemuda UMNO Subang berkesempatan melawat gelanggang yang terletak berhampiran dari tempat program diadakan. Seterusnya…
Bloggers Bukan Goblok – Ahmad Maslan
February 24, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

“Secara seloroh saya kata maksudnya jika terlalu banyak baca blog (tak buat kerja lain) khuatir akan jadi ‘Goblok’.. Oleh itu, saya kata baca blog terpilih seperti blog PM atau blog Tun M.. itu saja.. seloroh.. tak kan tak boleh nak gurau kot..” demikian kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Y.B. Datuk Hj. Ahmad Bin Maslan di dalam blognya http://ahmadmaslan.blogspot.com bagi menjawab isu rasa tidak puas hati beberapa orang blogger terhadap ucapannya yang dikatakan menghina blogger dengan panggilan ‘goblok’ semasa Program Perhimpunan Warga Penerangan UMNO Bahagian Subang di Sekolah Kebangsaan Subang Perdana U3, hari Ahad lepas.
Wanita dan Pemuda UMNO Subang ambil berat kebajikan rakyat
February 11, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Prihatin
SUBANG PERDANA, 09 Feb – Biro Kebajikan dan Sosial UMNO Bahagian Subang yang dipengerusikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian, Pn. Halimaton Saadiah bersama dengan Pemuda UMNO Bahagian Subang berkunjung ke Taman Subang Perdana untuk membuat lawatan kebajikan di dua buah rumah di kawasan Rumah Pangsa Taman Subang Perdana. Seterusnya…
Nizar Hina Mahkamah, Burukkan Perlembagaan
February 11, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Semasa, Perak
KUALA LUMPUR, 10 Feb – Kenyataan Datuk Seri Nizar Jamaludin terhadap keputusan hakim bagi kes kesahihan Menteri Besar Perak, semalam adalah penghinaan kepada mahkamah. Seterusnya…
Karpal Hakimi Hakim
February 11, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Semasa, Wilayah Persekutuan
Anwar, peguam perlu minta maaf kepada Utusan
KUALA LUMPUR 10 Feb. – Minta maaf kepada Utusan Malaysia. Demikian saranan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan pembelaannya yang mendakwa Utusan Malaysia membuat laporan tidak tepat pada perbicaraan kes liwat beliau. Seterusnya…
GUAN ENG MEMANG OTAK KOMINIS!
February 11, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Pilihan
Salam 2 all.
Saya mengutuk dan mengecam keras tindakan YAB Lim Guan Eng yang telah memecat YB Datuk Seri Zahrain sebagai Pengerusi Kelab Golf Bukit Jambul semalam. Seterusnya…
BN DUN Bukit Lanjan rai warga emas
February 10, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

DESA JAYA, 07 Feb – Hampir seratus warga emas diraikan di dalam majlis makan malam sempena kedatangan Tahun Baru Cina 2010 yang diadakan di tempat letak kereta berhadapan Balai Raya Desa Jaya, Kepong.
Majlis yang dianjurkan oleh Barisan Nasional DUN Bukit Lanjan yang diterajui oleh Penyelaras Barisan Nasional DUN Bukit Lanjan merangkap Ketua Parti Gerakan Bahagian Subang, En. Francis Chong itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Y.B. Senator A. Kohilan Pillay ; Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Subang, En. S. Murugesan dan Penyelaras UMNO DUN Bukit Lanjan, En. Abdul Raof Bin Dato’ Abdullah. Seterusnya…
Sentiasa dekati rakyat secara peribadi – Dato’ Mokhtar
February 9, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

HULU YAM, 07 Feb – UMNO tidak boleh lagi mengharapkan pemberian peruntukan dan projek untuk memikat hati rakyat terutamanya pengundi di Parlimen Subang apatah lagi UMNO sebagai parti pembangkang di Selangor kurang mendapat peruntukan dan sukar menggunakan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang dikuasai oleh kerajaan parti campuran DAP, PKR dan PAS. Seterusnya…
Pemuda bergotong royong bersihkan padang
February 9, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KG SG KAYU ARA, 07 Feb – Pemuda Zon Kayu Ara bersama-sama Pemuda UMNO Bahagian Subang menjalankan aktiviti gotong royong bagi membersihkan padang di Kg. Sg. Kayu Ara.
Aktiviti ini dijalankan sebagai tanda keprihatinan Pemuda UMNO Zon Kayu Ara khususnya terhadap keluhan golongan muda yang menggunakan padang tersebut untuk pelbagai aktiviti sukan dan riadhah. Seterusnya…
Kelab Bermotor Sg. Buloh konvoi ke Chamang
February 9, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

BUKIT RAHMAN PUTRA, 07 Feb – Seramai lebih 70 orang penunggang dan pembonceng motorsikal mengikuti konvoi ke Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Bermotor Sungai Buloh. Seterusnya…


