Pemuda Subang sertai Kejohanan Futsal Pemuda Selangor

December 21, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Kejohanan Futsal Pemuda UMNO Selangor

Syabas diucapkan kepada pasukan AJK Pemuda UMNO Subang dan pasukan pilihan Pemuda UMNO Subang yang telah berjuang habis-habisan walaupun kalah akhirnya di dalam Kejohanan Futsal Pergerakan Pemuda UMNO Selangor bagi merebut Piala Y.B. Dato’ Sri Hj. Noh Omar yang diadakan semalam di Sports Planet Subang Grand, Subang Jaya.

Pasukan AJK Pemuda UMNO Subang berjaya memenangi satu perlawanan dan kalah satu perlawanan di peringkat kumpulan, justeru tidak melayakkan mereka untuk ke pusingan yang seterusnya.

Manakala pasukan pilihan AJK Pemuda UMNO Subang lebih bernasib baik apabila mereka mara ke pusingan suku akhir, namun akhirnya tewas kepada pasukan pilihan dari Sabak Bernam.

Ulasan

pemudasubang.com mengalu-alukan komen, ulasan, teguran dan cadangan. Sumbangan berbentuk artikel, informasi dan bahan berita juga dialu-alukan. Namun segala ulasan yang diberikan didalam artikel-artikel pemudasubang.com adalah tanggungjawab pengirim. pemudasubang.com tidak bertanggungjawab keatas segala ulasan yang diberi, melainkan ulasan dari pemudasubang.com sendiri.





Sertakan gambar (format *.jpg sahaja)