Pemuda Gugusan Siantan anjur futsal
December 22, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KOTA DAMANSARA, 20 Disember – Pemuda UMNO Cawangan Gugusan Siantan bersama Persatuan Penduduk dan Badan Kebajikan Gugusan Siantan telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Gugusan Siantan di padang awam Gugusan Siantan.
Kejohanan yang berlangsung dari awal pagi hingga ke lewat petang tersebut dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat Junior dan peringkat Senior.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Gugusan Siantan, Sdra. Mat Khusaini Bin Abdul Halim, kejohanan ini dirancang untuk dijadikan sebagai acara tahunan kerana ia adalah satu cara bagi Pemuda UMNO untuk mendampingi masyarakat di samping dapat mewujudkan permuafakatan dan kerjasama di kalangan penduduk.
Bagi pihak persatuan penduduk pula, pengerusinya En. Zainuddin Adam menyatakan kesanggupan pihak persatuan penduduk untuk bekerjasama dengan mana-mana organisasi dan akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam setiap usahasama yang diadakan bagi menjayakan aktiviti yang dirancang.
Kejohanan dirasmikan penutupannya oleh Ketua Pemuda UMNO Subang, Sdra. Harrison yang menekankan bahawa adalah menjadi matlamat Pemuda UMNO untuk sentiasa mendampingi masyarakat dan menjadi juara dalam memperjuangkan masalah rakyat.
Sdra. Harrison juga turut menyatakan kesediaan pihak Pemuda UMNO untuk membantu usaha pihak persatuan menaiktaraf padang awam yang menjadi lokasi kejohanan. Padang yang boleh menjadi tempat kerbau berkubang selepas hujan tersebut memerlukan lebih kurang lima belas ribu ringgit untuk disimenkan.
Melihat kesungguhan dan kerjasama yang begitu baik antara Pemuda UMNO Cawangan dan pihak persatuan penduduk Gugusan Siantan, Sdra. Harrison amat berbesar hati untuk menyumbangkan wang sejumlah seribu ringgit kepada Pemuda dan Persatuan Penduduk Gugusan Siantan sebagai satu tabung kebajikan untuk membantu para penduduk yang benar-benar memerlukannya.


Ulasan
pemudasubang.com mengalu-alukan komen, ulasan, teguran dan cadangan. Sumbangan berbentuk artikel, informasi dan bahan berita juga dialu-alukan. Namun segala ulasan yang diberikan didalam artikel-artikel pemudasubang.com adalah tanggungjawab pengirim. pemudasubang.com tidak bertanggungjawab keatas segala ulasan yang diberi, melainkan ulasan dari pemudasubang.com sendiri.