UMNO Desa Satu anjur jamuan BBQ
December 22, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang
AMAN PURI, 20 Disember – Baru setahun tertubuhnya UMNO Cawangan Desa Satu secara rasmi, pelbagai aktiviti dan program yang telah dijalankan dan disertai oleh ahli-ahli UMNO cawangan pimpinan En. Othman Ghani selaku ketuanya, Sdra. Zamri Ishak selaku Ketua Pemudanya dan Sdri. Rosliza Ghani selaku Ketua Puterinya.
Apa yang boleh dibanggakan, cawangan tersebut telah berjaya menarik begitu ramai penduduk di kawasan perumahan Desa Satu untuk menjadi ahli UMNO yang kebanyakannya terdiri dari golongan muda.
Tidak berhenti setakat itu sahaja, pihak kepimpinan cawangan turut menjadi penggerak kepada kewujudan Gerakan Belia 4B dan pasukan RELA di kawasan tersebut.
Di peringkat awal, pihak UMNO Cawangan Desa Satu ingin menganjurkan satu majlis keraian bagi menyambut kedatangan tahun baru hijrah 1431H, tetapi terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab. Namun sebagai satu penghargaan terhadap sokongan dan kerjasama ahli-ahlinya serta penduduk dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan, majlis keraian tersebut tetap diteruskan dengan mengadakan jamuan BBQ yang dihadiri dan dirasmikan oleh Ketua Pemuda UMNO Subang, Sdra. Harrison.
Menghargai usaha dan kesungguhan UMNO Cawangan Desa Satu yang begitu aktif mendampingi masyarakat serta berjaya menarik begitu ramai penduduk untuk menjadi ahli atau menyokong kewujudan UMNO di situ, Sdra. Harrison begitu berbesar hati menyumbangkan seribu ringgit kepada pihak UMNO Cawangan dengan harapan agar UMNO khasnya di kawasan berkenaan akan terus mendapat sokongan rakyat keseluruhannya.



Ulasan
pemudasubang.com mengalu-alukan komen, ulasan, teguran dan cadangan. Sumbangan berbentuk artikel, informasi dan bahan berita juga dialu-alukan. Namun segala ulasan yang diberikan didalam artikel-artikel pemudasubang.com adalah tanggungjawab pengirim. pemudasubang.com tidak bertanggungjawab keatas segala ulasan yang diberi, melainkan ulasan dari pemudasubang.com sendiri.