Program Titian Kasih 2 tepati konsep 1Malaysia
December 25, 2009 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Prihatin

KOTA DAMANSARA, 21 Dis. – Program Titian Kasih 2 anjuran Pemuda UMNO Subang melalui Biro Pendidikan dan Modal Insan bersama-sama Pergerakan Pemuda Parti-Parti Komponen Barisan Nasional adalah satu contoh program yang benar-benar menghayati konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak.
Ini diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Y.B Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi yang merasmikan program tersebut.
Konsep 1Malaysia yang diterjemahkan menerusi 6 Bidang Keberhasilan Utama (NKRA), antaranya adalah untuk memberikan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan untuk semua golongan masyarakat, membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menjayakan dan memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan kepada semua pelajar.
Katanya lagi, kerajaan telah membelanjakan 3.6 bilion ringgit yang disalurkan menerusi 18 bentuk bantuan seperti biasiswa, bantuan buku teks dan bantuan makanan.
Oleh itu, apa yang dilakukan oleh Pemuda BN Subang iaitu memberikan bantuan seperti beg, buku latihan, alatulis dan wang tunai kepada 173 pelajar pelbagai kaum yang berasal dari keluarga yang susah, adalah penting dan memenuhi hasrat 1Malaysia.
Turut hadir di majlis yang diadakan di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Subang itu adalah Ketua UMNO Bahagian Subang merangkap ADUN Paya Jaras, Y.B. Dato’ Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Sdra. Harrison Hassan; Setiausaha Agung MIC merangkap Penyelaras BN Parliemn Subang, En. S. Murugesan; Timbalan Pengerusi MCA Parlimen Subang, En. Yap; Pengerusi PPP Parlimen Subang, En. Subra; Naib Pengerusi Gerakan Parlimen Subang, En. Perumal, Naib Ketua UMNO Bahagian Subang, En. Raof Abdullah serta Ketua-Ketua Pemuda parti-parti komponen BN.


Ulasan
pemudasubang.com mengalu-alukan komen, ulasan, teguran dan cadangan. Sumbangan berbentuk artikel, informasi dan bahan berita juga dialu-alukan. Namun segala ulasan yang diberikan didalam artikel-artikel pemudasubang.com adalah tanggungjawab pengirim. pemudasubang.com tidak bertanggungjawab keatas segala ulasan yang diberi, melainkan ulasan dari pemudasubang.com sendiri.