Jawatankuasa Penerangan bergerak lebih agresif
February 4, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Subang, Hebahan

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Hj. Zein Isma Bin Hj. Ismail diatas perlantikannya sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Subang yang baru, menggantikan En. Abu Zaren Bin Musim.
Pengumuman perlantikan Dato’ Hj. Zein Isma telah dibuat semasa mesyuarat bulanan UMNO Bahagian Subang pada 25 Januari yang lalu.
Dato’ Hj. Zein Isma turut memegang portfolio Ketua Penerangan di dalam Barisan Nasional Parlimen Subang.
Sebagai langkah awal, Dato’ Hj. Zein Isma menubuhkan Jawatankuasa Penerangan UMNO Bahagian Subang yang bermesyuarat buat pertama kali malam tadi bagi melantik ahli-ahli Jawatankuasa Penerangan serta merancang aktiviti dan gerakkerja jawatankuasa sepanjang tahun.
Selari dengan modul Satu Program Setiap Bulan Setiap Bahagian (SPSB) yang dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 13 Oktober 2009 bagi memperkasakan jentera penerangan parti secara menyeluruh, Jawatankuasa Penerangan UMNO Bahagian Subang telah merangka pelbagai program untuk setiap bulan sepanjang tahun ini seperti ceramah, pidato, seminar, bualbicara dan sebagainya dengan menjemput tokoh-tokoh politik yang dikenali ramai.
Penganjuran program juga akan diadakan di setiap kawasan DUN yang melibatkan jentera-jentera UMNO Cawangan dan jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM).
.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Subang, Dato’ Hj. Zein Isma mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penerangan di Pejabat UMNO Bahagian Subang, malam tadi. |


Tahniah, Dato
Semoga perlantikkan Dato akan dapat mengubat hati warga Subang dan insyakallah akan ada perubahan yg diharapkan’
sukses selalu…
Tahniah!.. Dato Zein Isma atas pelantikan anda sebagai Ketua Penerangan UMNO bahagian.Saya percaya dengan kewibawaan Dato UMNO Subang akan bertambah kukuh dan mantap.Kerjasama Dato dengan YB Dato bukan perkara baru,justeru saya percaya komitmen kedua-duanya akan menjayakan 1 Malaysia,tapi yang lebih penting jgn di lupa saya dan sahabat2 dibawah ni…
politikus 100% takkan ada alasan tak leh koje..
Tahniah..Dato’ dan Dato’YB…apa-apa pun parti mesti diutamakan..
rasa dah lama sangat menunggu “maka dengan itulah” perlu nya gabungan kedua tokoh,”ini bukan pekara main-main” dalam agenda kemenangan pada PRU ke13 yang mendatang… SUBANGGG BOLEHHH