Kelab Bermotor Sg. Buloh konvoi ke Chamang
February 9, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

BUKIT RAHMAN PUTRA, 07 Feb – Seramai lebih 70 orang penunggang dan pembonceng motorsikal mengikuti konvoi ke Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Bermotor Sungai Buloh.
Para peserta konvoi telah dilepaskan dari Bukit Rahman Putra oleh penasihat kelab tersebut, Sdra. Harrison Bin Hassan yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang.
Selain aktiviti santai di tempat destinasi, para peserta juga diberikan pendedahan kepada aspek-aspek keselamatan yang mesti diambil kira setiap kali sebelum, semasa dan selepas menunggang atau menaiki kenderaan masing-masing.
Kelab tersebut yang didaftarkan secara rasmi pada tahun lepas ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan kemudahan kepada ahlinya menjalankan aktiviti dalam suasana yang teratur dan berfaedah di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahlinya.
Aktiviti kemasyarakatan yang dirancang juga adalah bertujuan untuk menghakis tanggapan negatif masyarakat terhadap kumpulan penunggang motosikal yang dilihat sering membuat kacau dan melanggar peraturan.
Kepada pembaca yang berminat untuk menjadi ahli, boleh menghubungi talian 012-6547696 / 018-3984293 atau melalui e-mel kepada kbsb_motorsports@yahoo.com.my.
Kelab ini juga mempunyai laman Facebooknya sendiri di SINI.


aktiviti menarik tp agak terbatas sbb blik hari…
apa cer bagan lalang????sambutan menarik??
cmne lost of tambun???rider menunggu borang…huhu
gua pun nak beli motor jugaklah. motor lama dah jual kat student UM pada tahun 2003.