Sentiasa dekati rakyat secara peribadi – Dato’ Mokhtar

February 9, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Hari Keluarga UMNO Cawangan Subang

HULU YAM, 07 Feb – UMNO tidak boleh lagi mengharapkan pemberian peruntukan dan projek untuk memikat hati rakyat terutamanya pengundi di Parlimen Subang apatah lagi UMNO sebagai parti pembangkang di Selangor kurang mendapat peruntukan dan sukar menggunakan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang dikuasai oleh kerajaan parti campuran DAP, PKR dan PAS.

Mantan Ketua UMNO Bahagian Subang dan juga bekas EXCO Kerajaan Negeri pada penggal lalu, Dato’ Mohd Mokhtar Bin Hj. Ahmad Dahalan menyatakan bahawa formula terbaik yang boleh diikuti adalah dengan mendekati masyarakat setempat secara lebih peribadi seperti melakukan ziarah dari rumah ke rumah dengan lebih kerap, menyumbangkan tenaga untuk kenduri kendara dan membantu menguruskan hal-hal yang berkaitan kematian.

Beliau berpendapat cara itu lebih berkesan kerana dari pengalamannya sendiri sebagai seorang Wakil Rakyat di Kota Damansara dan juga Ketua UMNO Bahagian, ‘personal touch’ atau sentuhan peribadi dari seorang pemimpin sama ada di peringkat bahagian atau cawangan akan lebih mudah dan sentiasa diingati dan dikenang oleh rakyat.

Beliau menyatakan sedemikian dalam ucapan perasmian penutupnya kepada lebih 40 orang ahli-ahli UMNO Cawangan Subang yang mengadakan program Hari Keluarga di Resort Restu Ibu, Kg. Ulu Kalong, Hulu Yam.

Turut hadir di program tersebut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Sdra. Harrison dan penceramah jemputan dari Biro Tata Negara (BTN), En. Mohd Suhaimi yang memberikan penerangan dan pemahaman berkenaan kenegaraan dan perlembagaan.

Ulasan

pemudasubang.com mengalu-alukan komen, ulasan, teguran dan cadangan. Sumbangan berbentuk artikel, informasi dan bahan berita juga dialu-alukan. Namun segala ulasan yang diberikan didalam artikel-artikel pemudasubang.com adalah tanggungjawab pengirim. pemudasubang.com tidak bertanggungjawab keatas segala ulasan yang diberi, melainkan ulasan dari pemudasubang.com sendiri.





Sertakan gambar (format *.jpg sahaja)