BN DUN Bukit Lanjan rai warga emas
February 10, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

DESA JAYA, 07 Feb – Hampir seratus warga emas diraikan di dalam majlis makan malam sempena kedatangan Tahun Baru Cina 2010 yang diadakan di tempat letak kereta berhadapan Balai Raya Desa Jaya, Kepong.
Majlis yang dianjurkan oleh Barisan Nasional DUN Bukit Lanjan yang diterajui oleh Penyelaras Barisan Nasional DUN Bukit Lanjan merangkap Ketua Parti Gerakan Bahagian Subang, En. Francis Chong itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Y.B. Senator A. Kohilan Pillay ; Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Subang, En. S. Murugesan dan Penyelaras UMNO DUN Bukit Lanjan, En. Abdul Raof Bin Dato’ Abdullah.
Selain dijamu dengan pelbagai hidangan, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan tarian. Warga emas yang diraikanjuga kelihatan amat gembira apabila menerima angpau dan buah limau yang diagih-agihkan sendiri oleh Y.B. Senato, En. Francis dan En. S. Murugesan serta beberapa pemimpin tempatan.


Gerrymandering
usaha politik pecah sempadan. adakah Bkt lanjan terlibat?
AMat Salleh
jom sokong mat tyson di hulu selangor??