Pemuda bergotong royong bersihkan padang

February 9, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Gotong Royong Pemuda Zon Kayu Ara

KG SG KAYU ARA, 07 Feb – Pemuda Zon Kayu Ara bersama-sama Pemuda UMNO Bahagian Subang menjalankan aktiviti gotong royong bagi membersihkan padang di Kg. Sg. Kayu Ara.

Aktiviti ini dijalankan sebagai tanda keprihatinan Pemuda UMNO Zon Kayu Ara khususnya terhadap keluhan golongan muda yang menggunakan padang tersebut untuk pelbagai aktiviti sukan dan riadhah.

Antara keluhan yang disuarakan adalah keadaan padang yang berbatu di merata tempat serta tahap kebersihan padang.

Semoga dengan sedikit usaha dari pihak Pemuda UMNO ini, belia dan termasuk juga kanak-kanak dapat bermain dengan selesa dan selamat di padang berkenaan.

Ulasan

pemudasubang.com mengalu-alukan komen, ulasan, teguran dan cadangan. Sumbangan berbentuk artikel, informasi dan bahan berita juga dialu-alukan. Namun segala ulasan yang diberikan didalam artikel-artikel pemudasubang.com adalah tanggungjawab pengirim. pemudasubang.com tidak bertanggungjawab keatas segala ulasan yang diberi, melainkan ulasan dari pemudasubang.com sendiri.





Sertakan gambar (format *.jpg sahaja)