Wanita dan Pemuda UMNO Subang ambil berat kebajikan rakyat
February 11, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang, Prihatin
SUBANG PERDANA, 09 Feb – Biro Kebajikan dan Sosial UMNO Bahagian Subang yang dipengerusikan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian, Pn. Halimaton Saadiah bersama dengan Pemuda UMNO Bahagian Subang berkunjung ke Taman Subang Perdana untuk membuat lawatan kebajikan di dua buah rumah di kawasan Rumah Pangsa Taman Subang Perdana.
Rumah pertama yang dilawati di Blok B merupakan kediaman seorang ibu bernama Pn. Jamaliah Binti Zuriat, 59, yang terpaksa menanggung penderitaan akibat masalah kesihatan iaitu gaut dan sakit urat saraf.
Manakala di rumah kedua pula di Blok A, lapan orang anak kepada En. Mohd Zuhaidi Bin Mohd Kodzi, 37, masih belum memiliki sijil kelahiran. Keadaan tersebut menyukarkan enam dari lapan anaknya itu untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti sesi persekolahan.
Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian merangkap Penyelaras Barisan Nasional DUN Kota Damansara, Datuk Megat Firdouz Bin Tan Sri Megat Junid.



salam sy tertarik ngan isu takdak sijil lahir nie..coz sy dah berdepan ngan masalah nie ngan ank2 kek asrama sy nie hah, sian masih xdapat diskolahkan coz ade bbrp dokumen x lengkap tambahan lak, maknya dah takdak tu yg payah…mcm kes ayah 8 anak nie cane?dah amik ke borang lewat daftar lahir tu kat JPN kota dmnsara?
HIDUP BIAR BERBAKTI WALAUPUN TIDAK DIPUJI