Bloggers Bukan Goblok – Ahmad Maslan

February 24, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

Perhimpunan Warga Penerangan UMNO Bahagian Subang

pnrgahmadmaslan7398 “Secara seloroh saya kata maksudnya jika terlalu banyak baca blog (tak buat kerja lain) khuatir akan jadi ‘Goblok’.. Oleh itu, saya kata baca blog terpilih seperti blog PM atau blog Tun M.. itu saja.. seloroh.. tak kan tak boleh nak gurau kot..” demikian kenyataan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Y.B. Datuk Hj. Ahmad Bin Maslan di dalam blognya http://ahmadmaslan.blogspot.com bagi menjawab isu rasa tidak puas hati beberapa orang blogger terhadap ucapannya yang dikatakan menghina blogger dengan panggilan ‘goblok’ semasa Program Perhimpunan Warga Penerangan UMNO Bahagian Subang di Sekolah Kebangsaan Subang Perdana U3, hari Ahad lepas.

Rasa tidak puas hati terhadap panggilan ‘goblok’ tersebut disuarakan oleh blogger yang dikenali sebagai Gerakan Anti PKR yang turut hadir di dalam program tersebut di dalam penulisan blognya bertajuk ‘Tahniah UMNO Bahagian Subang. Ahmad Maslan Hina Bloger’.

Tambah beliau lagi, gurauan tersebut adalah sebagai satu kaedah ceramah untuk menarik perhatian hadirin yang mengantuk disamping mempopularkan blog yang baik dan mengingatkan pembaca supaya tidak terpengaruh dengan blog pembangkang.

“Yang dikhuatiri jadi ‘goblok’ bukan bloggers, tetapi pembaca blog yang tak dapat menyaring kebenaran dalam peperangan siber alam digital yang dipenuhi fatamorgana!” ujarnya.

Sementara itu, program Perhimpunan Warga Penerangan yang dianjurkan telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan apabila lebih 600 orang menghadirinya. Amanat utama yang disampaikan oleh ketua Penerangan UMNO Malaysia, Y.B. Datuk Hj. Ahmad Bin Maslan adalah berkenaan gerakkerja penerangan yang perlu dilakukan bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang sebetulnya terhadap isu-isu yang sering dimainkan oleh parti lawan.

Turut hadir di dalam program tersebut, ADUN Kuang merangkap Ketua Penerangan UMNO Selangor, Tuan Abdul Shukor Idrus serta barisan kepimpinan UMNO Bahagian Subang.

Ulasan

3 Ulasan untuk “Bloggers Bukan Goblok – Ahmad Maslan”

  1. Edisi Khas : YB Ahmad Maslan kata Jika Selalu Baca Blog Pembangkang Boleh Jadi Goblok !!! | Story-Story Malaysia on March 3rd, 2010 10:21 am

    [...] Sedikit petikan beberapa blog yang telah siarkan jawapan balas DAM isu ini : 1. Laman Web Umno Subang [...]

  2. heary410 on April 5th, 2010 11:38 am

    HIDUP BIAR BERBAKTI WALAU PUN TIDAK DIPUJI

  3. Ketua Penerangan Goblok. « Dewan Pemuda PAS Sarawak on April 10th, 2010 9:24 am

    [...] la… sebelum menyemak urusan parti orang lain” Dan lu pernah gunakan perkataan “Goblok“ kan…? Ternyata lu sememangnya [...]

pemudasubang.com mengalu-alukan komen, ulasan, teguran dan cadangan. Sumbangan berbentuk artikel, informasi dan bahan berita juga dialu-alukan. Namun segala ulasan yang diberikan didalam artikel-artikel pemudasubang.com adalah tanggungjawab pengirim. pemudasubang.com tidak bertanggungjawab keatas segala ulasan yang diberi, melainkan ulasan dari pemudasubang.com sendiri.





Sertakan gambar (format *.jpg sahaja)