Pemuda masuk gelanggang di Kg. Melayu Subang
February 24, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Aktiviti / Program, Hal Subang

KG. MELAYU SUBANG, 21 Februari – Sebaik selesai program Perhimpunan Warga Penerangan UMNO Bahagian Subang di Dewan Sekolah Kebangsaan Subang Perdana U3, rombongan Pemuda UMNO Subang berkesempatan melawat gelanggang yang terletak berhampiran dari tempat program diadakan.
Gelanggang Daeng Kuning – demikianlah nama gelanggang persilatan gayong di Kg. Melayu Subang yang diambil sempena nama keturunan pengasas Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman.
Gelanggang yang telah dibuka setahun yang lalu sering bertukar lokasi sehinggalah ditemui tapak kekal di lokasinya sekarang hasil sokongan dari tuan tanah yang sudi membenarkan gelanggang tersebut dibuka di atas tanah miliknya.
Dua sesi latihan malam diadakan iaitu pada setiap hari Rabu untuk pelatih dewasa dan hari Jumaat untuk pelatih remaja. Seramai 30 orang pelatih sedang mengikuti latihan di gelanggang tersebut pada masa ini.
Pemuda UMNO Subang turut berkenalan dengan anak kepada Allahyarham Dato’ Meor iaitu En. Sazali yang tiba dari Ipoh, Perak untuk merasmikan majlis mandi minyak para pelatih gelanggang berkenaan.
Seorang yang peramah, En. Sazali berkongsi cerita asal-usul silat seni yang diasaskan oleh arwah bapanya dan sempat memberikan beberapa panduan keselamatan dan teknik mempertahankan diri yang ringkas.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan aktiviti Gelanggang Daeng Kuning, sila layari laman blog mereka di: http://daengkuning-kms.blogspot.com


Ulasan
pemudasubang.com mengalu-alukan komen, ulasan, teguran dan cadangan. Sumbangan berbentuk artikel, informasi dan bahan berita juga dialu-alukan. Namun segala ulasan yang diberikan didalam artikel-artikel pemudasubang.com adalah tanggungjawab pengirim. pemudasubang.com tidak bertanggungjawab keatas segala ulasan yang diberi, melainkan ulasan dari pemudasubang.com sendiri.