Isu Kalimah Allah: Nik Aziz – “DAP Boleh!”, Haron Din – “Kufur!”

May 16, 2010 oleh Pemuda UMNO Subang  
Dalam kategori Paparan Utama

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

“Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)…tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan peserta jelajah kereta mewah menerusi Program JPM Super Drive Challenge KB 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, di Kota Bharu hari ini. – Bernama

Ulasan

4 Ulasan untuk “Isu Kalimah Allah: Nik Aziz – “DAP Boleh!”, Haron Din – “Kufur!””

  1. Mohd Rashid Bin Mohd Radzi on May 21st, 2010 3:47 pm

    WALIMATUL URUS..

    SILA WAR-WARKAN DALAM WEBSITE INI..AHLI-AHLI UMNO BAHAGIAN SUBANG KHUSUSNYA..DIJEMPUT HADIR

    rashid (03392505) subang jati

  2. salleh on June 14th, 2010 11:31 pm

    ustaz suhaimi, slow je web ni..

  3. Bingai @ Bangang on July 19th, 2010 11:17 pm

    Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
    Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan.

    Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html
    Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

    aku yang bingai

  4. Pemuda UMNO Subang on July 22nd, 2010 4:19 pm

    Isu IKYS telah dipaparkan di laman web pemudasubang.com versi baru di sini. Penulisan blog saudara berkenaan isu terbabit juga telah kami paparkan di ruangan Tinta Blogger.

pemudasubang.com mengalu-alukan komen, ulasan, teguran dan cadangan. Sumbangan berbentuk artikel, informasi dan bahan berita juga dialu-alukan. Namun segala ulasan yang diberikan didalam artikel-artikel pemudasubang.com adalah tanggungjawab pengirim. pemudasubang.com tidak bertanggungjawab keatas segala ulasan yang diberi, melainkan ulasan dari pemudasubang.com sendiri.





Sertakan gambar (format *.jpg sahaja)