Majlis Fatwa Putuskan Pengkid Haram
October 24, 2008 oleh Pemuda UMNO Subang
Dalam kategori Hal Semasa
KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.
Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.
‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.
‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini.
Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar.
Sumber : Utusan Malaysia Online
Rentetan :
27 Okt 2008
30 Okt 2008
11 Nov 2008
14 Nov 2008
16 Nov 2008
17 Nov 2008
19 Nov 2008
21 Nov 2008


YANG NON-MUSLIM NI DOK SIBUK SIBUK HAL RUMAHTANGGA ORANG ISLAM NI PASAI APA??!!
Nak tunggu Malaysia di diterbalikkan macam negara kaum nabi lut tu ka baru depa puas hati?
Gay atau lesbian a.k.a pengkid …diorang ni dah keluar dari batas norma kemanusiaan…dengan kata lain…mereka ni bukan manusia lagi dah…so tak timbul soal nak memperjuangkan hak kemanusiaan mereka.