EXCO Pemuda


Zulfakar Bin Ali
Penolong Setiausaha
019 – 254 9919
Anuar Bin Attan
Penolong Bendahari
013 – 668 6969
Hj. Wan Sobri Bin Wan Nasir
Ketua Penerangan
012 – 224 5878

Iznan Saffrizan Bin Ali Amberan
Ahli Jawatankuasa
017 – 467 6800
Firmansyah Aang Bin Muhamad
Ahli Jawatankuasa
012 – 214 9840

Mohd Shaiful Azham Bin Rozali
Ahli Jawatankuasa
012 – 629 7243
Zaidi Bin Ibrahim
Ahli Jawatankuasa
016 – 305 6584
Mohd Mahzuz Bin Ahmad
Ahli Jawatankuasa
012 – 324 3394
Saifulanuar Bin Aini @ Zaini
Ahli Jawatankuasa
019 – 237 4496
Amiruddin Bin Hairuddin
Ahli Jawatankuasa
017 – 302 5419
Ahmad Nizam Bin Sheikh Omar
Ahli Jawatankuasa
012 – 353 3580
Mohd Faheedi Bin Ailias
Ahli Jawatankuasa
013 – 334 4660
Suhaimi Bin Abdul Wahab
Ahli Jawatankuasa
012 – 693 5943
Md Jaafar Bin Bahaman
Ahli Jawatankuasa
012 – 369 4590
Kosim Bin Ibrahim
Ahli Jawatankuasa
013 – 268 3647
Hj. Shahrizal Bin Mohammad
Ahli Jawatankuasa
019 – 258 3406
Fakhrul-Azmi Bin Mukip
Ahli Jawatankuasa
012 – 312 2906
Mohd Shahril Bin Shamsudin
Ahli Jawatankuasa
012 – 303 5521
Ibrahim Bin Abdullah Sani
Ahli Jawatankuasa
019 – 377 7000
Eddie Aswad Bin Yaacob
Setiausaha Kerja
012 – 669 4702
Nor Azri Bin Sulong
Wakil Pemuda ke UMNO Bahagian
012 – 209 8742

Ulasan

32 Ulasan untuk “EXCO Pemuda”

  1. PemudaGagasan on December 5th, 2008 2:37 am

    ‘advanced’nya perut memasing…keh keh keh

  2. kamarul ar on December 5th, 2008 11:35 am

    Salam.

    Pak Cik Kamarul yakin dan sangat-sangat berharap agar kalian mampu melakukan yang terbaik untuk barisan pelapis dan pewaris UMNO Subang.

    Gandingan pemimpin UMNO Subang sekarang, YB Ir Muhamad Bushro dan Sdra Megat Firdouz berputik dan menjadi buah daripada pergerakan Pemuda.

    Lahirkan ribuan pemimpin berwawasan dan akhlak mulia daripada Pemuda.

    Dari pemuda yang hebat, dari pemuda yang menyengat, dari pemuda yang pembela seperti HANG JEBAT.

  3. max on December 9th, 2008 3:32 pm

    Mana ketua pemuda cawangan saya… saudara amiruddin hairudin… die pun ajk pemuda bahagian gak…. ni yang bengang ni heheheeee

  4. Pemuda UMNO Subang on December 9th, 2008 4:12 pm

    pemudasubang.com masih dalam proses untuk berjumpa dan mengambil gambar ahli-ahli jawatankuasa yang penuh (dari hujung rambut sampai ke hujung kaki) untuk dimuatkan ke halaman ini. Harap bersabar.

  5. max on December 20th, 2008 9:56 pm

    ustaz wan berkhidmat di JASA lagi ke?

  6. PEMUDA K.DAMANSARA on March 31st, 2009 3:50 pm

    Sorylah kalau komen ini keras sikit. Gaya AJK PEMUDA Bahagian tak nampak ada karismatik langsung. Sebagai pejuang orang Melayu, seeloknya berpakaian biarlah pakaian kebangsaan kita. Ini ada yg gaya nampak mcm Along atau Bonzer Kedai Kuda. Macam mana lah org2 ini boleh menang..nak cantik letaklah kelulusan juga baru mantap…..hidup UMNO atau kuburkan saja sbg tinggalan sejarah!

  7. amin on March 31st, 2009 11:00 pm

    orang niaga camnilah. banyak supplier kena jumpa buzy.
    amin pernah jumpa budak dispatch dia kata buzy jugak..
    hulur lebih duit motor baru tak buzy.. zaman sekarang semuanya wang, fulus,ongkos baru boleh cita..

    nak cerita pasal perjuangan mrk kata berat sangat nak pikir…jadi dispatch pun cukup janji boleh hidup… tak payah nak belajar tinggi-tinggi nanti kena bayar pinjaman pelajaran sampai tua pun tak habis bayar….sebenarnya malassss nak belajar sungguh-sungguh!!

    Mana perginya kata kelebihan orang melayu yang layak terima biasiswa pelajaran yang termaktub dalam perlembagaan negara malaysia.?

    pemuda subang bantu anak bangsa

  8. Pemuda Selangor on April 1st, 2009 2:10 pm

    Sungguh segak…bergaya…dan berintegtriti… mereka di atas ni…

    Subang patut berbangga kerana mempunyai pemimpin muda yg “HEBAT” ni..

    Semoga mereka dapat menjayakan lebih banyak program lagi..!!!!

    Hidup pemuda subang !!! Hidup AJK PEmuda!!!

  9. Ingin Tahu on April 12th, 2009 8:58 pm

    Salam perjuangan kepada barisan pimpinan ajk pemuda bahagian subang. Saya nak tanya terutamanya kepada setiausaha… saya ingin membawa satu usul dalam mesyuarat tahunan pemuda di cawangan saya nanti. usul tersebut berkaitan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan parti. Sekiranya usul tersebut dipersetujui dalam mesyuarat tu, kemanakah hala tuju usul saya selepas mesyuarat tu? Maksud saya, saya nakkan suara/saranan/usul/idea saya diperingkat akar umbi ni sampai kepada pimpinan pemuda umno malaysia. Saya perhatikan kebanyakan (sebenarnya tak banyak pun rasanya cawangan yang ada usul masa mesyuarat tahunan) usul yang dibuat di peringkat mesyuarat tahunan cawangan, habis setakat mesyuarat itu sahaja. Bila saya ikuti mesyuarat tahunan di peringkat bahagian, usul yang dibentangkan katanya disediakan oleh pimpinan bahagian sendiri, jadi apa dah jadi dengan usul-usul yang dibawa diperingkat cawangan untuk disampaikan keperingkat bahagian atau nasional? Yang dapat saya rumuskan, agenda usul ni memang amat kurang diberi perhatian semasa mesyuarat cawangan. Sedangkan usul itu adalah satu penyataan atau suara yang benar-benar datang dari peringkat akar umbi di cawangan-cawangan. Malah rasanya usul diperingkat bahagian pun hanya setakat diperingkat bahagian. Jadi berbalik kepada persoalan saya, bagaimanakah caranya untuk saya memastikan bahawa usul yang saya kemukakan dibawa dari peringkat cawangan ke peringkat bahagian dan seterusnya ke peringkat nasional? Bagaimana pemimpin atasan hendak dengar suara akar umbi jika suara akar umbi tidak pernah dibawa dan sampai ke telinga pemimpin atasan? Adakah usul sekadar pemenuh acara dalam mesyuarat dan sekadar mencantikkan kandungan perlembagaan umno?

    Saya harap setiausaha atau mana-mana ajk yang sudi melapangkan masa dapat memuaskan rasa ingin tahu saya ini. Terima kasih.

  10. amin on April 13th, 2009 12:40 pm

    amin pun nak tahu?

    bagus soalan tu..

  11. Wira Classic on April 14th, 2009 1:06 pm

    YA… SETUJU… SOALAN YANG TERAMAT BAGUS..TAK SANGKA ADA JUGA BIJAK PANDAI DALAM PEMUDA SUBANG NI YANG BOLEH BERTANYA SOALAN

    HAH APALAGI..ADA KE BIJAK PANDAI DARI PIMPINAN PEMUDA BAHAGIAN DALAM RAMAI-RAMAI PERAGAWAN DI ATAS YANG BIJAK NAK MENJAWABNYA?

    JAWAB JANGAN TAK JAWAB

  12. Eddie Aswad bin Yaacob (SUK Pemuda Subang on April 24th, 2009 4:29 pm

    Salam.
    Merujuk kepada persoalan saudara ingin tahu berkenaan usul yang dibawa di mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan yang tidak sampai ke pucuk pimpinan Pemuda UMNO Malaysia.

    Untuk makluman saudara, usul yang dibawa oleh mesyuarat Pemuda UMNO Cawangan akan diteliti oleh Jawatankuasa Usul Pemuda Bahagian yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian akan meneliti usul-usul yang di bawa dan keputusan yang akan dibuat:-

    1. Usul akan diterima dengan bahas
    2. Usul akan diterima tanpa bahas.

    Langkah ini sama apabila usul-usul yang dikemukakan oleh Pergerakan Pemuda-Pemuda UMNO Bahagian yang akan diteliti oleh Jawatankuasa Usul di peringkat negeri, dan seterusnya.

    Di samping itu juga bagi usul yang tidak menepati ciri-ciri usul itu sendiri, contohnya, permintaan agar dewan cawangan di baik pulih, permohonan untuk mendapatkan gelanggang bagi pemuda cawangan akan di jawab oleh jawatankuasa terus kepada Pemuda UMNO Cawangan. sekian

    p/s : setakat ini saja jawapan yang boleh saya berikan. harap saudara berpuas hati dan sekiranya ada sebarang persoalan, boleh berhubung terus dengan Saudara Zulfakar Ali, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Subang atau saya sendiri.

  13. sharul azwan bin usop on April 25th, 2009 5:21 am

    erti sebuah perjuangan. buat sahabat yg memegang amanah. umno kini kian diambang nazak, ku lihat kalian bagai terus dibuai mimpi indah, mimpi yang bagaikan amanah mengundang syurga, mengharap usaha kemenangan sudah bebaloi, negeri sudah tergadai, menghina institusi diraja bagai sudah dijadikan hamparan mainan politik, inilah akibat kita terlalu terlalai, sering dibuai mimpi mimpi yang indah. sedarlah saudara saudara ku, tidak kira yang memikul amanah atau tidak, kembalikan umno seperti di zaman Tun Razak, jadi pemuda pemula semangat diera dulu. kini waktu telah tiba, laksanakan cadangan awal ku, memikul amanah lakukan dengan sering melakukan sembahyang berjemaah setiap waktu ditempat diketika anda berada. sering libatkan diri dengan jemaah setempat mengantikan ertikata perayu undi, niat sts mohon dengan allah agar sts memberikan kekuatan. kerja ini tidak popular tetapi cukup besar impaknya diwaktu mendatang. Arwah tun razak berjaya kerana kerja kuatnya membantu semua bangsa hinga akhirnya kominis jua gagal menjayakan idiologi kepartiannya. dari pekan hingga kepelusuk desa hingga kita merasai pembangunan membawa kita berada ditahap selesa aman damai dan sejahtera. kestabilan politik yang cukup kukuh diwaktu itu. mengapa tidak kita kembali bermula kembali prinsip yang jelas formulanya sahih kejayaannya.sekadar cadangan untuk pertimbangan saudara saudara ku barisan exco pemuda subang.

  14. acong on April 26th, 2009 4:03 am

    meleka suka pegi nyayi kara-ok.
    kawan acong itu tauke pub nyayi kara-ok kata olang umno suka latang nyayi-nyayi sebab kalau balik lumah itu bini suka nyayi sama dia non-stop..

    sambil nyayi ada pelempuan dan boleh minum-minum..

    itu kawan-kawan pun sama….lu simpan gua punya rahsia, Gua simpan lu..punya rahsia…

    Kalau lu taj sokong gua nanti gua kasi tau lu punya mini-bini..ooo

    haiya ….Hangsab

  15. Ahcheng on April 26th, 2009 9:50 pm

    ahchong kwn sama tokey pub n kok. ayooooo…… achong pun selupa. masuk free looo. lepas jual ikan ahchong nya nyi…… nya nyi …… sampai lupa bini. ahchong…….. tarak baik kutuk sama olang ! Tarakkkkk baik looooo. belosa.

  16. tunmaharezza on April 27th, 2009 1:44 am

    slm kpd rakan sekelian..:

    persoalan yg ditimbulkan oleh sdr ingin tahu adalah satu perkara perlu diberi perhatian oleh kepimpinan pergerakan pemuda umno bhg subang..persoalan yg ditimbulkan mungkin remeh bagi sesetengah pihak dan jawapan yg berbentuk komprehensif tanpa apajua elemen yg kurang sihat wajar dielakkan.

    saya bangga dgn usaha suk pemuda subang iaitu sdr eddie yg mengambil inisiatif utk menjawab persoalan tersebut bagi pihak pemuda bhg..walaubagaimanapun..saya berpendapat ianya lebih sesuai dijawab oleh sdr psu pemuda bhg sendiri atau nkp bhg atau kp bhg kerana ini akan memperlihatkan keprihatinan mereka yg sebenarnya bertanggungjawab kpd pembangunan ilmu pengetahuan ahli akar umbi.

    saya amat mahu mengelakkan persepsi bahawa psu pemuda bhg tidak sensitif kpd perkara yg ditimbulkan dlm web pemuda subang dan saya berpendapat bahawa sewajarnya psu pemuda bhg lebih proaktif dlm mengumpul data maklumat dari akar umbi yg dipaparkan dlm web ini utk dibawa perbincangan dan tindakan selanjutnya di peringkat pemuda bhg.

    apajua perkara yg diluahkan dlm web pemuda subang ini seperlunya diberi perhatian bagi memperlihatkan bahawa pihak akar umbi yg melapangkan masa utk memberi pendapat dan membuat luahan dlm web ini dibalaskan dgn satu tindakan atau respon yg perlu.jika perkara spt ini diambil ringan dan dipandang remeh maka saya percaya dan yakin ,,pada masa akan datang..ahli akar umbi tidak lagi akan ada keyakinan pada web ini dan web ini akan hanya jadi satu web yg tidak mwmbawa makna dan faedah kpd pemuda subang secara total.

    kita harus ingat bahawa..kewujudan web ini bukan sekadar tempat bagi berita yg dipaparkan shj dan utk tatapan semata mata tetapi ianya boleh juga dijadikan satu platform kpd akar umbi utk memperkatakan atau memperlajari sesuatu perkara dan ianya adalah satu bentuk pembangunan insan dan ilmu kpd ahli akar umbi dan semua pihak.

    saya mahu psu pemuda bhg memperlihatkan dgn jelas dan nyata pembabtitan beliau yg proaktif dlm memantau perkara dan isu yg ditimbulkan disni dan saya berharap setiap isu atau perkara yg ditimbulkan dpt lah di beri respon bagi mengelakan persepi yg kurang baik serta tohmahan bahawa kepimpinan pemuda bhg tidak membuat kerja atau tidak memperdulikan pendapat akar umbi.

    pentadbiran najib razak bukan hanya mempromosikan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan tetapi pm ds datuk bajib razak juga mahu perlaksanaan yg efektif dan mantap bagi memperbaiki imej umno yg telah rosak dan ianya satu perkara retorik jika kita diperingkat bhg tidak menghayatinya dan seterusnya tidak melaksanakannya dgn penuh komited dan tanggungjawab.ataupun kita tidak mengendahkannya.

    gambar di muka utama kp bhg subang bersama pm bukan shj hiasan semata mata bagi saya kerana ianya bagi saya ianya satu manifesistasi kp subang kpd kepimpinan pemuda bhg utk sama sama mendokong hasrat umno pusat,merealisaikan dasar dasar parti jelas terarah kpd perubahan sebenar dan nyata bagi mengembalikan kegemilangan parti umno.

    sikap berpeluk tubuh kepimpinan pemuda subang yg penting dlm beberapa perkara termasuk tidak kelihatannya bayang mereka dlm web ini amat mengecewakan saya.sia sia shj kewujudan web ini jika ianya ditarafkan sebagai satu tempat utk informasi dan berita shj..jgn sampai ahli akar umbi bosan dan muak hingga tidak selera utk melayari web pemuda subang kelak.

    saya yakin bahawa web pemuda subang bukan diwujudkan semata mata kerana ianya patut diwujudkan….dan kewujudannya tidak harus dlm bentuk meleps batuk ditangga kerana kita bertuah dgn komitmen yg diberikan oleh sdr suhaimi ajk pemuda subang yg bertanggungjawab keatas web ini.saya berbangga dgn sumbangan sdr suhaimi dlm hal ini.

    dan suka saya nyatakan disini bahawa web pemuda subang adalah yg terbaik dan layak diberi pingat emas kerana tiada web pemuda bhg yg lain di malaysia yg sehebat web pemuda subang…..update nya terkini…sentiasa dipantau oleh sdr suhaimi dan respon amat cepat dan bagus..tidak memilih bulu..bebas tanpa sekatan yg tidak perlu..dan yg penting sekali.. sdr suhaimi mengabdikan dirinya setiap hari dgn penuh komitmen dan tanggungjawab dlm menyelia web ini….

    syabas kpd sdr suhaimi….anda sewajarnya diiktiraf kerana sumbangan dan jasa anda kpd pemuda subang dan begitu juga beberapa rakan yg lain……dan saya amat berharap psu pemuda bhg dpt mencontohi sdr suk eddie dan sdr suhaimi…..

    sekian..wassalam…
    dari hati tunmaharezza

  17. tunmaharezza on April 27th, 2009 2:25 am

    slm semua :

    saya ingin mengambil kesempatan disini utk berkongsi pengalaman saya dgn jasa sumbangan beberapa ajk pemuda bhg kpd cawangan saya yg bagi saya amat membanggakan dan patut diketahui umum bagi mengelakan pelbagai persepsi dan tohmahan yg tidak berasas serta tidak membina.

    1.sdr kp bhg harrisson
    -saya telah memohon bantuan dari sdr kp bhg bagi pihak ahli cawangan saya yg mana anaknya yg mendapat 3a 2 b dlm upsr tahun 2008 utk mendapat tempat di sekolah tun fatimah johor dan sdr harrison telah memberi bantuan dan perkhidmatan yg sewajarnya serta komitmen yg tinggi dlm hal ini dan ahli cawangan saya amat berbangga dgn usaha agresif kp bhg subang ini dan beliau sebak dgn pertolongan yg diberi kerana usaha sdr harrison telah membawa beliau sehingga ke tahap pihak yg tinggi di kementerian pelajaran dan diberi layanan kelas satu serta hasil yg memuaskan beliau walaupun apa yg dikehendaki tidak mencapai matlamat sepenuhnya tetapi apa yg penting ialah usaha dan bantuan yg diberikan adalah bertaraf kelas satu.

    2.sdr eddie suk pemuda bhg
    -sdr eddie adalah instrument / pengantara kpd usaha yg saya sebutkan diatas…saya sendiri terharu dgn komitmen yg dipertunjukan oleh sdr eddie dlm hal ini dan saya juga bersimpati dgn beliau kerana usaha penat lelah yg beliau sumbangkan kpd rakyat kwsn saya amat berkualiti dan kami tiada apajua komplen tentang perkara tersebut.malah kami merasakan penghormatan yg diberikan oleh sdr eddie dlm melaksanakan tanggungjawabnya amat membanggakan dan wajar dipuji.sdr eddie layak dijadikan contoh oleh mereka yg berjawatan di semua peringkat.

    3.sdr suhaimi ajk pemuda bhg subang
    - saya menyanjung tinngi komitment dan jasa beliau dlm melaksanakan tanggung jawab beliau sebagai penyelia web pemuda subang dan saya melihat sdr suhaimi seorang yg proaktif dlm mendapatkan sumber utk web pemuda subang dan juga rajin serta kreatif….hasil kerja beliau bukan lah jenis melepaskan batuk ditangga tetapi satu hasil kerja yg bertaraf 5 bintang dan kita semua patut bersyukur dgn keadaan ini.syabas suhaimi.

    4.sdr chegu ramli nkp bhg subang
    - beliau seorang yg proaktif..beliau sentiasa berhubung dgn saya dan kwn kwn yg lain bagi mendapatkan info terkini situasi politik dikawasan kami dan juga bertanyakan pandangan dan pendapat mengenai isu semasa yg membabitkan umno dan masyarakat…dari pengalaman saya sewaktu berurusan bersama chegu ramli..saya boleh merumuskan bahawa beliau sebenarnya seorang pendengar yg bagus dan pelaksana yg efektif….beliau berdarah muda dan tidak hipokrit apabila membabitkan pembangunan politik semasa…bersifat terbuka dan bersedia menerima pandangan lain serta sikap politk yg membina yg bagus untuk umno.minda beliau terbuka utk pembinaan yg lebih baik dan juga agresif…..itu fitrah pemuda..kita semua tidak perlu terlalu kritikal kpd manusia ini…kita hanya perlu mendekati beliau dan kita akan kenal sikap dan sifat beliau yg bagi saya sihat utk pemuda umno.

    5.sdr wan sobri
    - saya kadang kadang kurang faham dgn kritikan yg dibuat keatas sdr wan sobri dlm web pemuda ini…ada yg terlebih kritikal kpd beliau..saya kesal kerana kita semua manusia dan kita semua tidak sempurna tetapi dlm hal wan sobri ini saya sikit kecewa kerana sdr wan secara semulajadi dilahirkan sebagai manusia yg tinggi budi pekertinya dan bagus perilakunya.mereka yg membuat komen kritikal kpd beliau dlm web ini yg berlindung disebalik nama samaran itu belum pasti akan budi pekerti dan perilaku mereka..akan tetapi saya amat pasti dgn perilaku,,budi pekerti budak muda ini…saya tidak malu utk mengatakan..saya pernah merujuk beberapa perkara berkaitan agama dgn beliau dan saya melihat beliau menyenangkan hati saya walaupun saya tidak rapat dgn beliau.belioau tidak kedekut ilmu dan beliau juga berilmu pengetahuan ..dimana org spt ini kita sepatutnya menghormatinya dan memastikan beliau sentiasa bersama kita.

    6.sdr annuar atan
    - sdr annuar juga menyenangkan hati saya…efektif..kerja bagus..prihatin dan bersemangat..rajin..mudah didekati.saya suka.

    7.sdr fakhrul azmi
    –pemuda ini ada ilmu dan mentaliti kelas bagus…berfikiran positif..progresif dan berminat dlm perjuangan bangsa serta efektif .realistik..bagus utk pemuda subang…usah kita ada persepsi negatif kpd beliau…anak muda ini ada potensi dan bernilai utk pemuda subang.kita semua manusia..tiada yg sempurna…beliau berdarah muda…beri dia peluang.

    8.sdr saiful zaini
    - saya puji dia…berusaha utuk rakan seperjuangan…pengalaman saya sewaktu raya korban tahun lepas dgn beliau membuat saya bangga….saya telah minta disaat akhir utk org kwsn saya utk membeli 1 bhg korban…beliau berusaha bersungguh sungguh dan tridak mahu mengecewakan kami…tetapi matlamat tidak tercapai…apa pun saya berterima kasih kera beliau berusaha keras kearah itu….saya pun buakan rapat dgn dia..tetapi..beliau membanggakan saya.

    p/s..setakat ini shj..buat kali ini…esok saya sambung…saya rasa pelbagai kritikan yg tidak membina wajar dan perlu diperbetulkan dan saya berpendapat mereka yg memuaskan kita dgn tanggung jawab mereka wajar dimaklumkan kpd umum….tidak adil jika saya berdiam diri…kpd yg kurang yakin dgn pemuda subang..cuba mohon bantuan mereka…insyallah..jika kena cara budayanya…pasti bantuan diberi sebaik baiknya……

  18. Budak Tak Ada Jawatan on April 28th, 2009 10:16 am

    Mana yang betul-betul buat bekerja tu.. alhamdulillah.. teruskan dan pertingkatkan lagi usaha dan produktiviti

    Mana yang sedar diri sendiri memang tak menyumbang apa pun kepada parti tapi tergila-gilakan jawatan masa pemilihan dulu kerana ingin menangguk di air yang keruh mahupun yang jernih, ucapkan selamat tinggal sahajalah kepada jawatan anda, jangan malukan parti di hadapan rakyat dan memalukan diri anda sendiri di hadapan Allah.

  19. Budak Shell Sg. Buloh on May 1st, 2009 1:44 pm

    Apakah yg biro ekonomi buat????….Ekonomi negara makin teruk… takkan takde program untuk menrangka ekonomi pemuda subang dlm keadaan gawat ni? Awat ha?

  20. budak kampong on May 1st, 2009 11:10 pm

    Salam Perjuangan!!!!!
    Bila saya lihat berbagai pandangan dan pendapat nampak semua menjadi baik saya berharap pemuda subang akan terus memperkasakan diri dan ahli cawangan agar UMNO akan terus mantap.Zaman kekalahan tidak akan kekal lama nescaya kita akan bangkit bersama – sama agar memastikan umno akan terus harum dan subur.Marilah para pejuang semua kita dekatkan diri dengan masyarakat tarik pengundi bersama – sama kita sesungguhnya kita belum terlewat jangan kita patah semangat semua peringkat dicawangan bersama proaktif jangan kita leka jagalah cawangan masing masing dan diperingkat bahgian pula pastika barisan yang dipilih dan dilantik melipatgandakan usah untuk membantu semua cawangan agar pemuda – pemuda diperingtkat cawangan tidak lari dari perjuangan para pemuda yang mempunyai idea yang bernas marilah kita kongsi bersama – sama .

    UMNo bukan sahaja parti politik tetapi adalah kesinambungan masyarakat kepada pemimpin. AUH kita bangkit masa untuk berpolitik kita letakan jauh jauh buat seketika marila kita bersatu hati jangan takut untuk menegur benda yang baik jangan kita berlagak sombong dengan sahabat dan masyarakat kita nak lihat UMNO akan terus berkuasa demi Agama Bangsa dan Negara.Insyaallah.ikhlas Penolong Bendahari Pemuda Bahagian.(Anuar Bin Attan)

  21. suara de kota on May 14th, 2009 4:01 pm

    Salam.

    Kalaulah saya… pemimpin No. 1 dibahagian… pening dan susah juga nak mengatasi semua masalah… Dulu pun masa, Barisan Nasional memerintah…jarang-jarang juga dapat dilihat kegiatan yang TERULUNG dibahagian Subang.

    Kalaulah semua 114 cawangan dibahagian Subang menanti peruntukkan daripada bahagian, bahagian menantikan peruntukkan dari PUSAT… untuk menggerakkan sebarang aktiviti, alamat tinggal ‘berkepuklah’ rancangan.

    Kalaulah juga, semua Ketua-Ketua Cawangan yang lokek nak keluarkan wang sendiri untuk membantu sebarang kegiatan yang dianjurkan, alamat sunyi dan tak ‘berjayalah’ kegiatan.

    Pendekkata, apa sahaja kegiatan yang perlu sesaorang itu samada peserta atau penonton mengeluarkan wang sendiri, alamat ‘tertunda’ dan tidak berlakulah kegiatan itu?. INI ADALAH BUDAYA UMNO YANG WAJAR DICAMPAKKAN JAUH-JAUH.

    Benarkah, sebilangan besar individu-individu yang duduk sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian yang tidak menyokong ( TIDAK AKAN HADIR/BERSAMA) sekiranya mereka terpaksa membayar atau mengeluarkan duit sendiri untuk merealisasikan mana-mana aktiviti yang sebenarnya begitu rupa dan bentuk keperluannya. (Hadir dan Taja)

    Begitu ke?… Susahlah segala-galanya wang?. Dan lebih susah lagi korporat yang sebelum ini sudi nak bantu dan sumbang, tetapi semenjak akhir-akhir ini semacam sudah berkerat rotan?. Duhai……………………………

  22. KelapaMuda on May 19th, 2009 8:24 am

    Slm semua…”susahlah klau segala-galanya wang”…antara ungkapan suara de kota.Tapi utk mendapatkan segala-galanya perlukan wang.Tiada yg percuma dlm dunia masa kini kecuali nyawa yg diberi pinjam Tuhan.Itu pun pinjaman sementara atas dunia.Suara de kota berkata sebegitu rupa mungkin PAYUNG sdr besar lagi kembang agaknya.Dan satu lagi barangkali sdr belum pernah jadi no 1 di peringkat akar umbi. Soal lokek atau tidak itu bnyk bergantung kpd kekuatan ekonomi seseorg.Cuba bayangkan jika seorg pemandu teksi menjadi ketua di peringkat akar umbi,sudahlah masa & tenaga terpaksa di korbankan takan hasil harian yg tak seberapa bawa teksi juga terpaksa nak di korbankan semata-mata utk menjayakan program UMNO.Alamat anak bini mati kelaparanlah nampaknya…Ketua-ketua diperingkat atasan khasnya bahagian seharusnya berfikir bagaimana utk menyuburkan ekonomi akar umbi/cawangan.Akar umbi boleh berkorban apa saja jija mereka yg diatas bila turun padang naik basikal atau setidak-tidaknya sama taraf ekonominya dgn akar umbi.Tapi lihatlah dgn mata kepala sendiri tak da 4 wheel drive jgn ckp la.Sebabnya kebanyakan mereka yg di atas hanya berjuangkan utk mereka,kroni & keluarga mereka shj.Mungkin tidak semua tapi 99% mcm tu.Kalau tidak,tak berperanglah masa pemilihan.Mesti ada udang di sebalik batu,ada kepentingan di sebalik jawatan yg di pohon restu.Jgn asyik bincang buat program saja sebaliknya bincangkan juga cara mana seharusnya pembahagian kek ekonomi yg patut di agihkan bersama.Ringan sama di jinjing berat sama di pikul. Nah ! Sekarang DS Najib jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor,k/bahagian mesyuarat ckplah perkara yg sebenarnya.Bukan semua ahli/ketua UMNO khasnya di akar umbi berasal dari kontraktor/doktor/peguam/ahli koporat yg bergaji dan income besar.Ceritakan yg sebenarnya baru boleh buat post-mortem kenapa tiada sambutan bila satu-satu program di lancarkan.Ingatlah UMNO/BN tumbang hari ini bukan kerana pembangkang itu kuat,tapi masyarakat sudah muak & meluat melihat sandiwara retorik pemimpin atasan berlakon dgn alasan “berkorban apa saja demi parti”. KelapaMuda – Beza pemimpin dulu kini & selamanya : Dulu berkorban apa saja.Kini saja-saja berkorban utk kepentingan….

  23. amin on May 20th, 2009 5:38 pm

    PEGUAM DI SUBANG DIKATAKAN TAK LAYAK DIBERI PELUANG BERKHIDMAT.

    DOKTOR DI SUBANG LAYAK BUKA KLINIK JE…NAK BERPOLITIK DIBERI BANYAK SYARAT.

    AHLI KOPORAT TAK NAK MASUK CAMPUR SEBAB DAH KENA MANDIKAN OLEH AHLI SENDIRI.

    SANDIRIWARA SYOK SENDIRI.

    KAMI BERKHIDMAT UTK MASYARAKAT DAN RAKYAT ATAS NAMA PLATFORM SENDIRI TANPA BERBAU POLITIK.

    LEBIH BEBAS ,

    TANGAN YANG MEMBERI LEBIH MULIA DARI TANGAN YANG MENERIMA

    AMIN

  24. suara de kota on May 21st, 2009 4:17 pm

    Salam.
    Saya cuma mahu menjawab sedikit tentang maksud yang tersirat dari yang tersurat mengenai ulasan saudara KELAPAMUDA terhadap unggapan saya.

    Memang saya belum pernah jadi Orang No. 1 di peringkat umbi… Tetapi dalam bidang lain ada dua organisasi peringkat Negeri (Perbidangan saya) saya sumbang sebagai orang No. 1… yang penting nawaitu kita?…

    Saya tidak punya payong besar dan gah untuk dikembangkan… Melalui penglibatan dengan kancah UMNO, saya belum dapat apa-apa manafaat lagi. Nak cari tempat berniaga pun… belum ada apa-apa lagi…

    Nampaknyai, senario asas apa yang ada kaiatan dengan maksud saya, sudah diulas oleh saudara AMIN?.

    Jauh sekali untuk menidakkan atas sumbangan rakan-rakan AJK UMNO Bahagian… rasa-rasanya tentu payah mana-mana bahagian untuk bergerak sekiranya kerabak keretaapi yang ada kurang mempunyai ciri-ciri ketokohan dan personaliti yang selesa (akademik/ status hidup dan lain-lain) Sebenarnya, jika penyumbang-penyumbang khidmat duduk sebagai anggota/barisan Jawatankuasa hebat dan selesa, tentunya sang Kepala akan lebih mantap dan sangat teruja… ( Apa sahaja wawasan dan tindakan akan lebih terarah?, kalau tidak berlakulah unggapan U must Not Object. Agaknya… (Contoh – penggal UMNO Bahagian yang lepas) Nak menyelamatkan UMNO sistem pemilihan KAPAL perlu dibuang jauh-jauh…

    Saya sentuju dengan AMIN. Amin!

  25. kangkung on May 25th, 2009 12:56 pm

    Assalammualaikum…….

    sebenarnya sudah hampir sebulan saya menunggu tunmaharezza untuk mengulas kesemua 25 orang ajk pemuda subang, nak tau apa pandangan saudara tentang mereka.

    pandangan orang ni berbeza-beza, orang berbudi kita merasa, kenalah berbahasa.

  26. tunmaharezza on May 25th, 2009 7:44 pm

    slm semua :

    kpd bro kangkung dan semua sahabat sekelian…….

    saya berasa besar hati dgn permintaan bro kangkung dan saya tidak sangka ada pihak yg berminat dgn pandangan dan pendapat saya……..tk bro kangkung…lain kali usah segan jika ada yg mahu ditanya kpd saya..saya amat menghormati cara bro kangkung….pasti akan saya mencontohinya…..

    spt yg dihajatkan oleh bro kangkung….

    ulasan utk kesemua 25 ajk pemuda bhg…..

    -saya bertanggungjawab utk menjelaskan disini bahawa amat mustahil saya dapat memberi ulasan ttg kesemua mereka…kerana saya tidak mempunyai pengalaman dgn kesemua mereka…dan saya juga tidak pernah berpeluang semeja dgn antara mereka…dan tidak juga berpeluang mendalami pemikiran mereka…..saya tidak memberi ulasan berdasarkan kpd karektor mereka…saya tidak akan membuat ulasan jika saya tiada pengalaman berbual politik dgn mereka….saya memerhatikan kerja mereka…cara mereka…..rangkaian mereka…

    namun ianya tidak bermakna mereka x bagus..atau tidak menepati tanda aras yg saya harapkan…tidak sama sekali…bagi saya jika saya tidak mengulas ttg mereka…ianya bermakna..saya tidak cukup info atau pengalaman utk berbuat demekian..mungkin mereka lebih bagus dari mereka yg telah saya ulaskan…

    secara ikhlas dan jujur saya katakan disini bahawa…ada diantara mereka yg langsung saya x berkenaan dan saya anggap mereka adalah perosak kpd pemuda subang….yg saya lihat ibarat tin kosong….yg saya nampak hanya bertuankan individu tertentu dan menyerang apa shj atau menimbulkan huru hara kuca bara kpd pemuda subang..itu mmg saya nampak dgn jelas….dan saya amat pasti dgn apa yg berlaku….pasti sungguh….mungkin satu hari saya akan ulas mengenai mereka.,…saya kata mungkin…..bukan janji….

    kpd mereka yg belum saya ulas…bukan bererti tunmaharezza tidak mahu berbuat demekian…beri saya peluang semeja dgn anda…beri saya peluang mendalami anda…pasti saya akan ulas yg terbaik…yg x baik…seboleh bolehnya saya hendak elakkan….saya manusia..bukan malaikat….

    yg saya x berkenaan tu segelintir je…ada lah 3 – 4 org……..ikut hati mahu je ditulis kat sini….tapi saya rasa x patut pulak……

    slm hormat dari saya tunmaharezza kpd bro kangkung…

    sekian……

  27. Fakhrul Azmi Bin Mukip on July 19th, 2009 11:39 pm

    Assalamualaikum….
    Tun, terimakasih for your remark. Tetapi pedih rasanya kalau lepas ni performance below par.
    Hidup ni kalau terangkat dek puji, keji kita.
    Tapi kalau tersongket dek dikeji; berusaha, insyaAllah bahagia hidup kita.
    Hidup kalau dah terbiasa dipukul, kalau tak dipukul, selayaknya macam bangkai bernyawa.
    Tegurlah kerana sayangkan anak cucu kita, kerana segala keringat dan darah yg tumpah hanyalah untuk mewariskan sesuatu anugerah yg terbaik bagi pewaris kita menghadapi cabaran zaman mereka.
    Ini tanggungjawab kita. Inilah hutang yg kita belum langsaikan dgn mereka!

    Wassalam
    Fakhrul Azmi Mukip
    KP Subang Setia.

  28. cucu on July 20th, 2009 1:41 pm

    Umno oh umno…

    kenapa kau tak perkasa?

    Macam mana nak perkasa..

    Kalau semua bermuka-muka…

    sad

  29. KAMARUL FADZLI BIN HASSAN on December 3rd, 2009 12:37 pm

    Assalamualaikom,

    Saya Kamarul, Penggerak Belia bagi parlimen Subang. Saya harap dapat bekerjasama dengan pihak tuan bagi menjayakan sebarang aktiviti ditempat tuan. Saya boleh dihubungi di talian 017-6376302 atau 03-80682959 ( KRM PUCHONG ) atau melalui email saya kfadzli597@yahoo.com / kfadzli597@gmail.com atau datang terus ke pejabat saya di Komplek Rakan Muda puchong, ting 2, Selangor Darul Ehsan.

  30. SaifulZaini on December 3rd, 2009 4:39 pm

    Waalaikumsalam…En.Kamarul

    Terima kasih kerana ingin bekerjasama dengan kami di Pemuda Subang dan Belia Subang. Insyaallah, akan saya panjangkan info ini ke pengetahuan Ketua Pemuda Bhgn Subang dan juga Pengerusi Belia Subang.

    Wasallam.

  31. buncit on February 15th, 2010 7:40 pm

    kita org melayu.bg sokongan padu terhadap parti bangsa melayu..

  32. The Knight on February 18th, 2010 1:13 am

    he..he..he..

pemudasubang.com mengalu-alukan komen, ulasan, teguran dan cadangan. Sumbangan berbentuk artikel, informasi dan bahan berita juga dialu-alukan. Namun segala ulasan yang diberikan didalam artikel-artikel pemudasubang.com adalah tanggungjawab pengirim. pemudasubang.com tidak bertanggungjawab keatas segala ulasan yang diberi, melainkan ulasan dari pemudasubang.com sendiri.





Sertakan gambar (format *.jpg sahaja)